Umum (Gambar) Pelakon Yatt Hamzah Pula Bertudung April 5, 2012

Spread the love

Jika minggu lepas Abby Abadi melakukan penghijrahan dengan imej bertudung,hari ini seorang lagi dramatis mengikut jejak sama iaitu Yatt Hamzah.

“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.

“Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

“Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini,” kongsi Yatt dengan nada sebak.


Spread the love

Tags :

9 Comments

  • ainnoraini posted on April 5, 2012 at 1:24 pm

    Alhamdulilah…terbuka hatinya…
    Cantikkan.. Manis jer..

    Reply
  • kakcik posted on April 5, 2012 at 1:41 pm

    Syukur Alhamdulillah. Memang bertambah cantik bila Yatt mengenakan tudung. 🙂

    Reply
  • Mama Zharfan posted on April 5, 2012 at 2:21 pm

    syukur alhamdulillah

    Reply
  • *azni* posted on April 5, 2012 at 2:39 pm

    syukur alhamdulillah..lg cantik bila dia bertudung..

    Reply
  • fieda posted on April 5, 2012 at 3:04 pm

    mmg manis dan cantik..

    Reply
  • anisalya posted on April 5, 2012 at 6:07 pm

    alhamdulillah… ramai dah artis yg berhijrah kan?!

    Reply
  • fiza posted on April 6, 2012 at 12:56 am

    Lagi cantik bila bertudung…alhamdulillah.

    Reply
  • amiey lee posted on April 6, 2012 at 3:03 am

    memang cantikk…bila bertudung lagi nmpak manisss

    Reply
  • ariana posted on April 12, 2012 at 5:22 am

    Alhamdulillah..makin ramai dah mengorak langkah ke arah kebaikan..org dah memang lawa..pakai tudung semakin lawa..:)

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge