
JM Bariani House, Prima Sri Gombak
Minta Perhatian! Entry kali ini penuh dengan gambar-gambar yang menggugat selera para pembaca. Kerjasama anda diperlukan untuk duduk bersabar dan membaca entry ini hingga habis ;). First time atau pertama kali itu memang best! Bab-bab makan memang serah padaku.
Kali ini mencuba untuk pertama kalinya menjejak ke JM Bariani House. Daku ni peminat kambing, tak kisahlah kari kambing ke, kambing goreng ke. Bagi yang pernah makan kat kedai mamak Jalan Chan Sou Lin, kari kambing dia memang terbaekkk!!
Fried Ribs Rosemary
Menu kali ini adalah Fried Ribs Rosemary. Pergghhh kata kau! Memang sedap. Maaf ye, memang macam inilah sifat orang suke makan kan, kalau sedap memanglah dia kata sedap.Kitaorang pilih menu pon tak banyak, nasi beriani 3 pinggan, rojak dan juga kambing goreng ni.
Makan nasi dan kambing pon dah cukup kenyang rasanya. Syukurla tak amik lauk banyak sangat, yang ni pon jenuh nak ngabihkannya. Anak2 suke makan nasi beriani ni, lembut dan terasa rempah2 dia tu. Nak try buat macam ni memang mimpilah kekdahnya ;).
Yang kambing ni pulak, walaupun goreng macam tu je, terasa crunchy nya tu. Cicah dengan sos black pepper, ehhhh wallah!!! Terasa kerangupan daging dan lelemak kambing tu heheheh…Dah lama bukak JM Bariani House ni, baru dapat merasa ;).
Rojak

Milo panas dan Milo Ais
Ada satu kisah di sebalik gambar air milo ais tu, Najwa tertumpahkan air milo yang baru sikit diminumnya. Daku and hubby taklah tengking Najwa, just buat muka dan berbisik “kenapa Najwa ni?” Pastu staff diorang datang bersihkan meja kami yang banjir dek air milo ais.
Kemudian tanpa disangka, diorang gantikan dengan air milo yang baru. Padahal kami tidak order pun sebenarnya. dan yang bestnya ianya FOC. Hehhehe memang layanan pon terbaiklah…

Sedap ye Najiha?

Alhamdulillah
Memang recommended untuk anda mencubanya, pastu kalau kawan2 ada tempat makan yang menyajikan hidangan kambing, bolehlah bagitau ek, blehla pi try nanti hehehehe….Owh ye, jumlah bil masa makan tu ialah RM51 sahaja. Berbaloi jugak dengan harga dan hidangan mereka itu. Alhamdulillah…
walllahhhh… tergoda.. tergoda.. tgh puasa2 ni rasa tergugat jap iman…
kalau dah nama peminat kambing mesti kasi 5 star kan aju! rojak tu cam best jugak!
rojak tu…. mengancam jiwa la.. huhuhu!!! sokg amk adam kt asrama nak merojak gak la. tak dpt rojak jm briyani pun xper. janji rojak hihihi!!
perghh menu tu..kambing mmg faberet…dan terbaik!
dgr je kambing bakar atau yg sewaktu dgn nya pasti tergoda…
Kakcik dan keluarga selalunya kalau Restoran JM ni, kami pergi kat Tesco Ampang je. 🙂
Sedapnya nasi bariani….nak pergi jauh sgt.huhuhu
tergoda tgk rojak tu…
lily tak mkn kambing.. 🙂
sedapnya rojak…tak pernah makan kambing goreng JM Bariani…boleh try nanti..
Aju….. tak boleh tengok kambing!!!! Embekkkk…kak Amie suka kambing! Rugi sape tak makan kambing… hilang satu nikmat!
kita tak pernah mkn kambing..ntah la,belum pernah try..agaknya kalau dh try tak tau camne..
alamak, ema tak makan kambing..kalau bgtahu abg..mesti nak pergi…
alamakkk menci tau masuk sini time lunch huhuhu
sedaaappp nye kambing tu ajuu
next time bleh try
sebab selalunya oder ayam jahhhh!~
yummy…tgk gmbr je dh meleleh ayek liyoq huhu
x tahan tgk kambing tu.. my fav..hihi
briani dia mmng pling mmnuhi slera akk. dgg bariani n msk merahnye sgt2 lah sdap. msk pkai susu rs nye. satu lg yg best kt jm bariani – teh 3 layer!
BUI TAK PANDAI MAKAN KAMBING..HUHU