Fungsi darah dan anemia
Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Menurut Dr. Premitha, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.
Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal iaitu di bawah bacaan 12-15mg/dl, wanita menghadapi risiko mengalami anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.
Ini mungkin disebabkan kekurangan zat besi dalam badan kerana diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.
Memahami anemia dan kehamilan
Wanita yang hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Dianggarkan bahawa wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral tersebut, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak.
“Mereka yang menghadapi risiko anemia kekurangan zat besi selepas melahirkan anak ialah wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan zat besi semasa hamil, mereka yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang telah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
“Gejala anemia mungkin mirip keadaan kehamilan lain atau anemia pada umumnya.
“Lebih penting lagi, wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan besi hendaklah sedar bahawa mereka bukan sahaja mengalami gejala seperti pucat, letih dan lesu, sesak nafas dan lain-lain.
“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap kerumitan serius seperti keguguran, kelahiran pra-matang, berat lahir rendah, dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia,” katanya Dr. Premitha.
salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D
mmg bahaya anemia…
effect jangak masa pnjnagnya, takut baby baru lahir terkena komplikasi apa2… huhu
ini yg buat izan risau ni… bacaan mmg bawah 10 lagi.. harap2 next week naiklah hb tu…
Bagus entry ni terutama untuk ibu2 hamil.
KENAPA LATELY NI BYK BETUL BUI BACA PASAL ORG PEKNEN NI..APAKAH..??????..HEHEHE..*_*
zat besi mmg penting utk ibu prgnant..