
Pizza frozen
Kekekekek masak ke? Hahahhaha takde maknanya nak masak sendiri, ini semua beli yang frozen dan masukkan terus dalam microwave. Terliur tau tengok ramai blogger update diorang masak pizza sendiri. Ini pizza malas ok, beli yang siap tinggal nak dipanaskan sahaja. Daku tingin jugak nak beli dough dia tu pastu tabur2 bahan2 yang kita suka kan, tapi tak reti nak beli cheese dia tu. Biasanya yang rajin guna cheese ni uols guna cheese brand apa ye? mahal tak?
Siap dimasak
Ini rupanya bila dah dimasak dalam microwave. Aritu citer pasal keburukan microwave kan, tapi dalam keadaan terdesak macam ni guna jugak kekekek, mulalah nak bisik kat telinga hubby mintak belikan oven ni hehehehhe..tapi kalau dah beli oven kene pandai wat kek dan sebagainya kan, kalau tak oven pon jadik tukun jek kat dapur macam microwave ni. Masa masak ni kitorang masak selama 8 minit. Waktu tu bau dia, fuuhhhhhh syedap!!!!! Bau cheese, bau lada benggala dia tu mengimak2 ke hidung ni hehehhe…semua orang tak sabar nak makan sambil tengok je pizza tu berputar dalam microwave tu….
Ini brandnya, yang penting HALAL
Pas makan ni, rasa nak beli lagi, tapi next time nak try buat sendiri, anak2 pon suke sangat, ikut ibu dia suke makan cheese, nyum2 syedap hahahaha….Yang ni perasa Ayam Hawaiian, memang recommended, tapi yang ni dough dia nipis jek, tak beli yang tebal sebab nanti tak masak pulak, kalau pakai oven api atas bawah mesti sedap dan crunchy kan…Emmm tak sabar nak masak pizza lagi, memang berbaloi2. Oh ye harga sekotak frozen pizza ni RM9 kat TESCO.
salam Aju..Emm sedapnya.K.atie pon dah lama xbuat/makan pizza nih!
Tumpang mkn kat sini lar…:D
ingatkan homemade tadik
x susah la nak buat pizza uols
senang jer…
sana mudah nak makan apa senang
sini x halal so kena homemade la jawabnyer
Nampak sedap tu..tetiba teringin plak ni nak mkn Pizza.. 🙂
terbaik la aju.. sesekali buat sendiri lak kan mmg best mencuba
kekeke..ingat sendiri bikin…
frozen pun nampak mcm sedap je tu…..
Microwave kakcik dah rosak – tak bolehlah nak panaskan makanan segera lagi! 🙁
Cepat dan sedapkan…..klu kak Nurul biasanya pki cheese mozarella yg parut tu je(wlpn baru sekali cuba buat pizza)
HUSBAND KOI TAK SUKA LA MENDE2 SEGERA SEMUA NI..PERNAH BELI KOI MAKAN SESORANG..SEDAP TAPI TAK BEST!
uii..ingatkan aju buat sendiri dah tadu…kui..kui..kui…jgn marah nak gelak sikit jer..betul aju..nak senang beli dough yg dah siap tu..balik tabur2 jer..fieda aritu buat guna dough segera jer..malas nk uli2 bagai takut tak jadi..cheese fieda beli kat kedai jual brg2 bakery jer..tak tau jenama apa..tp kena guna cheese mozarella la baru bergetah..
UIIIII..SEDAPNYA TU..KALAU CAMPUR CIS WAJIBLAH BUI TERLIUR..HAHAHA
Salam Aju.Sedapnya pizza tu.Sis belum pernah buat sendiri lg.Biasanya bawa anak2 makan kat US Pizza di Melaka.
sedapnya tu…
tetiba rasa nak pi makan pizza
iols pun tak reti bab baking pizza kek segala ni
nak makan – selalunya beli aje
mau jgk try buat pizza nnti ni 🙂
gambo pizza kt kotak tu nmpk menyelerakan la plak.. emmm pizza ni bila msk.. cheese dia tu bergetah mcm dlm gambo ke kak ju?
ready made ek?
aju… sedapnya!!!! tak kisahlah frozen pun… janji anak2 suka makan kan. izan pun mmg tak reti pun buat sendiri pizza ni. lagipun byk juga bhn kan…byk plak songeh kalau dah tak rajin ni… hehe…