Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.
Gejala-gejala
- Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
- Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
- Bersin.
- Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
- Sakit kepala.
- Adakalanya, demam yang ringan.
- Sakit badan.
- Mata berair.
- Komplikasi-komplikasi
Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku: Ingat untuk berunding dengan doktor jika:-
- Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
- atau demam ringan yang berpanjangan.
- Berlakunya sakit dada.
- Terdapat kesusahan bernafas.
- Terdapat kahak berwarna kuning.
- Penjagaan kendiri
Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit. Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah:
- Amalkan gaya hidup yang sihat.
- Makan makanan yang seimbang.
- Senam selalu.
- Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
- Tidur secukupnya.
- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
- Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan makanan.
- Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
- Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
- Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
Elakkan
- Merokok.
- Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
- Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
- Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
- Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Tabiat-tabiat yang baik
- Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
- Inhalasi (sedutan).
Jenis Jangkitan
- Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
- Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
- Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan kanak-kanak.
- Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
- Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
Jangkitan bakteria sekunder.
Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya lelah. Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : –
Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.
info yg menarik di pagi sabtu…sekarang memang musimkan…
budak2 kecik mmg tak lepas dr kena selesema ni kan…huhu….
mesti sentiasa kena ready ubat kat umah…
Assalamualaikum Aju,
Kak Amie sekeluarga amalkan minum air hangat / panas sepanjang waktu, alhamdulillah selsema jarang menyerang.
merah n sofia dua2 kena selesma sekarangnie.huhu
Bagus info ni, mmg kalau anak2 kena selsema tu tak sbr nak tunggu baik. Kesian.