Cerekarama TV3 minggu ini diteruskan dengan sebuah drama cinta bertajuk Menara Cinta. Drama ini mendapat sentuhan sutradara Zulhuzaimy menerusi terbitan Temenggung Pictures, dan dibarisi pelakon handalan seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda dan Rosnah Johari.
Saksikan Menara Cinta di Slot Cerekarama TV3 pada 21 April 2012 bermula jam 10 malam.
Sinopsis Menara Cinta
Atas hasutan mertua, rumahtangga Rizwan dan Sofia berakhir dengan penceraian. Sofia kemudiannya mengikuti kekasih barunya Danial pulang ke England dan bernikah di sana. Sementara itu, hubungan rapat di antara Rizwan dan peguam sarienya, Nur akhirnya berakhir dengan ikatan pertunangan.
Namun ketika hampir dengan majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT, ketika di Paris Rizwan terserempak dengan Sofea.
Hakikatnya, hati Rizwan tidak pernah melupakan Sofea kerana wanita itu adalah cinta pertamanya dan mereka bercerai tanpa pergaduhan besar. Tambahan pula, kota Paris merupakan lokasi mereka berbulan madu. Apakah suratan yang tertulis buat mereka berdua? jom saksikannya jom ๐
Macam best jer citer ni..mesti tgk.. ๐
mcm best..
macam best kan citer ni aju…nak tgk nanti
alaaa tak tengok sbb mneyampah ada F.sendat… hahah
cerita baru ke kak? mesti best sbb fasha sandha hehe