Sempat peace yo!!
Hari Rabu kelmarin, di ofis daku mengadakan Ceramah Kesihatan dan pelbagai booth dibuka untuk semua staff. Dan yang best tu derma darah. Entry sebelum ini ada daku ceritakan kebaikan untuk kita menderma darah. Nervous jugak sebab seriau tengok jarum dia tu.
Bila tiba kat kaunter pendaftran, hati mula berdebar-debar. Mana taknya ini kali kedua nk menderma. Sebelum ini waktu tingkatan 4 dulu, which was 15 years back, Ya Ampun!!! Disebabkan dah berkobar-kobar ni, dengan hati dan jiwa yang ikhlas daku gagahkan jua kekeke.
Prosedur dia senang je, kita kene jawab soal selidik yang diorang sediakan, check darah dan timbang berat, pastu baru boleh disahkan untuk menderma darah. Muka cuak usah katalah kan…tengok member2 yang duk baring tu diam jek, melayan sakit ke hapa tu? 😉
Bila turn kita dah sampai, pucat lesi rasanya. Mula-mula nurse tu akan inject ubat bius, rasa sakit macam kene gigit dengan semut merah hehehe, pastu baru dimasukkan jarum besar tu, menderu2 darah mengalir masuk dalam plastik bag.
Tak lama lah nak memenuhkan 1 beg darah ni, kejap je..So kepada yang mampu dan boleh menderma darah, jomlah sama-sama membantu mereka yang memerlukan ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan mendapat sambutan baik dari semua.
P/S : Sebelum ini tak dapat nak menderma sebab menyusukan Adam, so dah stop Breastfeed baru boleh derma kekdahnya…

Inilah hasilnya 🙂
bravoooooooooooo
clap clap clap
ai x mampu uols
sbb penakut darah plus ngan jarum
boley pitam…serous x tipu ngeeee
tahniah aju! dah berjaya derma darah akhirnya ye…
izan ni dari dulu penakut nak derma darah wpun syarat2 lepas semuanya… hehe…
Aju… boleh senyum lagi. Kakak ngerilah sebab tak pernah buat lagi seumur hidup. Baguslah Aju… besar pahala dapat membantu yg memerlukan..
tk pernah derma darah
mulia nya hatimu aju..seumur hidup tk pnh menderma darah..skrg lagi lah..tgh bf..semata cari alasan je ni hehee..
tahniah! tak ramai tau yg sanggup..
saya teringin, tapi selalu kempen tu kat tmpt umum..segan.
*takut gak tengok darah yg sebeg tu..
iols dulu suka gak pi derma darah
now tak boleh dah
kesihatan tak mengizinkan….
yerr…koi igt lg masa kat teknik dulu..kali pertama derma darah..rasa cam superhero je dpt derma darah..
BUI TAK PERNAH LAGI DERMA DARAH..TAKUTTTT..TAHNIAHLAH DEKAT AJU SBB DAH BERJAYA DERMA DARAH..HEHE
*berubah wajah blog nampak*