Mak sedang menunggu berita duriah runtuh seperti yang dijanjikan kepada semua peneroka Felda. Moga dengan pengumuman ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kekdahnya.
Banyak berita dan cerita yang tidak sedap kita dengari, apapun kalau arwah ayah ada ini merupakan berita gembira buatnya, bukan senang nak membangunkan tanah sawit itu.
Bukan setitik dua peluh dan keringat dikorbankan, bukan seringgit dua modal yang dilaburkan, banyak kenangan dan sentimental value di tanah sawit itu. Kenangan daku membesar adik beradik, hasil dari tanah itulah, dengan keringat mak dan arwah ayah kami dapat menjadi insan berguna.
Pengorbanan kalian tidak akan kami lupa. Kami semua sayang mak dan ayah!! Semasa kecil daku dan adik akan dibawa bersama sewaktu mak dan arwah ayah sibuk mengerjakan tanah sawit itu, masih segar diingatan kami berlari-lari, bermain sendirian sementara menunggu mereka siap bekerja.
Sudah lali digigit nyamuk, bermain dengan cacing, digigit semut yang dipanggil kelengkiak (korang pernah dengar tak?). Sebagai hiburan, kami akan diajak oleh arwah ayah untuk mandi sungai di kebun sawit tu.
Perrhhhhgghhh seriusly, it was a wonderful moments!!! Memancing, cari udang, siput sungai…hmmmm memang best!!!
Sesungguhnya ianya tiada nilai, saat ini terasa rindu pada arwah ayah makin menebal, hanya AlFatihah kuhadiahkan untukmu AYAH. Kami sayang Mak!!!!
Semoga roh arwah ayah-ayah kita sedang berbahagia di Jannah. Al Fatihah.
hopefully dpt la mak bergembira dgn berita gembira itu. hah, boleh gitu?
al fatihah
moga rezeki yg di tunggu tiba akhirnyer ishallah
Al fatihah..
semoga rezeki ni membawa kebahagiaan pada mak aju dan anak2..
tacing la n3 ni aju…huhu…
al fatihah utk arwah ayah kita…
Kalau cerita zaman susah dulu-dulu bagaikan susah utk membendung airmata dari luruh Aju…
Insya-allah mak Aju akan menerima rezeki tersebut dan doakan aruah ayah moga ditempatkan bersama mereka yg beriman al-fatihah.
RM15k utk satu family kalau tak silap…
Al-Fatihah buat arwah ayah aju…
rezki yg sgt lumayan dan berbaloi utk peneroka felda..tumpang hepy dgr…
sy baru tebaca berita psl ni..kalo x silap dlm 15k utk satu keluarga 🙂
berita gmbira tu pm dh umumkan..:-)
Al-Fatihah buat arwah bapa Aju…
Al-Fatihah buat arwah ayah aju…