Sinopsis Cahaya Iman | Slot Cerekarama TV3

Sinopsis Cahaya Iman

sinopsis cahaya iman cerekarama TV3
Malam ini akan menampilkan satu lagi slot cerekarama bertajuk “Cahaya Iman”.
Sinopsis Cahaya Iman mengisahkan keluarga Datin Lydia dan Dato Anwar yang kecoh dengan berita anak sulung mereka, Ikram yang telah berkahwin dengan seorang model. Sebagai seorang yang dikenali, Datin Lydia tidak sabar untuk memperkenalkan kawan-kawan yang lain. Namun segala rancangan Datin Lydia musnah apabila menantu yang ditunggu-tunggu tidak seperti yang diharapkan.

Iman Natasha kini sudah pun bertudung dan berimej muslimah setelah berumah tangga dengan Ikram di luar negara. Penampilannya tidak dapat diterima oleh keluarga Ikram terutamanya Datin Lydia dan Datuk Anwar. Dalam masa yang sama, Datin Lydia mengidapi kanser payu dara. Demi tak mahu nampak lemah pada mata masyarakat, Datin Lydia merahsiakan terutama kerana mengetahui hubungan sulit suaminya dengan setiausaha syarikat, Shila.

Tanpa pengetahuan Dato Anwar, Shila perempuan simpanan/setiausahanya sedang berkomplot dengan rakan niaganya Dato Khalid untuk menukar hak milik syarikat perkongsian mereka. Namun perbuatan Shila dan Dato Khalid diketahui oleh Iman yang sekaligus cuba untuk membongkarkan rahsia mereka dan selamatkan syarikat keluarga suaminya.

Dalam masa yang sama, Ikram disambut dingin oleh adiknya, Syafik. Peristiwa lampau telah membinasakan hubungan baik dua adik beradik ini apabila kekasih Syafik, Rossa, anak kepada rakan niaga Dato Anwar iaitu Datuk Khalid ditunangkan kepada Ikram demi untuk membesarkan perniagaan mereka. Ikram cuba untuk pulihkan hubungan mereka namun terbukti sukar kerana Syafiq kini memendam benci dan marah ke arah Ikram dan ibubapanya.

Kemunculan Iman di dalam hidup Syafiq telah membuat hati Syafiq tergoda dengan kejujuran dan kebaikkannya. Mereka menjadi kawan tapi jelas Syafiq mula mempunyai minat terhadap Iman tapi cintanya pada Rossa masih tebal. Dan Syafiq tak mampu untuk mencuri Iman dari tangan Ikram.

Di mata masyarakat keluarga Dato Anwar dan Datin Lydia sungguh moden dan dihormati. Mereka nampak sempurna namun kebenarannya jauh sekali. Iman nekad untuk memulihkan keluarga barunya daripada segala kesilapan lampau dan menjadi sebuah keluarga semula.

Sumber : MH

3 thoughts on “Sinopsis Cahaya Iman | Slot Cerekarama TV3”

  1. mcm best gk cerekarama mlmni….astro mengong kn siap minta maaf cz ada teknikal prob tp sure rmi dh amok kt astro..hehehe..tp td dh tgk siaran rakaman 12.30pm

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: