Drama Seindah Sakura di Slot Akasia TV3 akan ditayangkan pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam selepas tamat drama Cinta Buat Emelda. Drama Seindah Sakura juga diadaptasi dari sebuah novel iaitu novel Seindah Sakura karya Liza Zahira. Antara pelakon yang dibarisi didalam drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy ialah Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah. Oh ya! Drama Seindah Sakura 24 episod kesemuanya.
Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3
Drama Seindah Sakura, sebuah drama terbitan Temenggong Pictures yang memaparkan kisah sedih kehidupan Shakira yang telah ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil. Walaupun membesar dalam keadaan daif namun, Shakira tetap tabah menempuh segala onak duri kehidupan seorang diri sehinggalah kehadiran.
Cikgu Airil yang berjaya membawa sinar kebahagiaan setelah sekian lama.Namun, panas tidak berpanjangan hingga ke petang. Kepulangan mengejut ibunya setelah bertahun-tahun meninggalkannya mengubah segala-galanya. Shakira sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang lain.
Adakah pengorbanan yang dilakukannya akan menjanjikan sebuah kebahagian untuknya?
Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya dalam Seindah Sakura yang akan bermula 7 Mei ini.
Kak ain tak tengok la aju…
Tak leh nk komen apa pun…
cam menarik jer jalan cerita…
aha! jmp pun sinopsis seindah sakura. baru jatuh cinta dgn cite ni 2 hari lepas. best! meleleh2 airmata mcm tgk cite kabhi kushi kabhi gam pulak huhu. thanks puan blog 🙂