Hari Sukan SK Taman Seri Gombak 2012

Seronok!
Seronok!
Penat!
Pagi-pagi lagi dah terpacak di Stadium UIA, Gombak. Fresh pepagi dah tengok kehijauan padang balapan tu. Senang je bebudak ni bangun dan mandi pagi, sebab pas sukan kan nak mandi-mandi Sunway Lagoon, bak kata Najiha mandi kat “Salegun” hihi..
Berdebar-debar ibu tengok track padang tu, terus ibu terimbau kenangan masa skola rendah dulu..mana taknya dulu daku ni kira atlet skola, untuk acara balapan je tau! bola padang I tak join, ganas sangat rasanya, I kan ala-ala wanita melayu kan..
Pagi tu acara dimulakan dengan sukaneka tahap 1, Najwa lah tu, tengok jelah gelagat diorang ni. Seronok! Kelakar! Semangat! Terpekik-pekik parents bagi sorakan kat anak memasing, Cepat! Cepat! Lompat! Baling! Lari2! Hihihi 

 
 Cepat! Najwa! Cepat!
 
 Sedang menyusun tin
 
Terpelecuk pulak kat situ, sian Najwa
 
 
YEAA!!!!!
 

Over kan ibu dia, rupa-rupanya ibu je yang duk tengah2 track tu amik gambar bebudak ni huhuhu. Biarpun panas, masing-masing tidak kisah untuk berjemur, bukan lama pon, siap je acara diorg ni, terus berteduh bawah pokok. Yang best group najwa dapat no 3, oklah kan, berbaloi ibu abah duk tunggu ke hulu ke hilir dengan adik-adik, yang penting masing-masing happy!

Tahniah buat Najwa and friends!! Ha lagi satu acara lari 50m kita citer besok ek! Diikuti dengan citer “Salegoon”!! Hihihi..Badan rasa penat yang teramat sangat, tapi apakan daya banyak kerja perlu dilunaskan, justeru cuti dibekukan hehehe, layan jela nasi lemak paru pagi ini, tetiba bahu terasa sakit macam salah bantal plak tido malam tadi..
BACA  Ibu, Najiha rindu kat teacher

10 thoughts on “Hari Sukan SK Taman Seri Gombak 2012”

  1. LiLy @ MumMyQiStInA

    Tahniah Najwa..
    Dapat No.3 pun oklah kan..yg penting Happy..^^
    Sedapnye Nasi lemak tu..~

    Psssttttt…aju..lily dah tinggalkan komen tapi komen ilanglah..uhuk..ni cuba kali ke dua..hope melekatlah komen nih..hiks.. 🙂

  2. Salam aju..lynn pun baru je gi sukan sekolah zahin lastweek..seronok zahin dapat tempat ke-3 4×100 meter.yang lawak dia tak puas ati kawan dia lari perlahan sebab tu dorang dapat no 3..huhu

  3. time sport day, kita yg lebih seronok ya aju…hehe.

    ANak2 mmg seronok jugalah, lebih seronok kalau menang dan dapat hadiah….:)

  4. paling seronok semestinya ibu bapa bila dapat lihat anak bersukan…anak ema hari sabtu kelmarin sukan tahunan..entry pagi esok baru keluar..hehehehe

  5. tahniah najwa! dapat medal sbg kenangan bila besar nnti ye..

    aju…tgk nasi lemak paru tu mmg terliurlah mak buyung sorang ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: