Umum Keputusan Peperiksaan Najwa June 17, 2012

Spread the love

Alhamdulillah Najwa baru je dapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun, exam dia sebenarnya sebelum cuti skola 2 minggu aritu. Ibu berdebar-debar sebab nak tau jugak perkembangan persekolahan Najwa. Anak sulung baru masuk skola kan, tu excited lebih skeett tu ;).

Selama 6 bulan masuk darjah 1 ni, ibu nampak banyak kesan positif pada Najwa, mulanya ibu risau sebab Najwa pergi dan balik sekolah dengan bas kuning tu, risau ibu memikirkan keselamatan najwa melintas jambatan atas longkang besar, biasalah bas sekolah malas nk bersesak dengan kenderaan ibu bapa untuk mengambil anak pulang sekolah, jadi untuk langkah mudah, bas ini hanya tunggu budak sekolah di luar jalan utama depan sekolah itu. So far tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Najwa diajar membaca ketika umurnya 6 tahun, waktu itu baru daku tersedar daku lambat mengajar Najwa membaca, sebab jika hendak dibandingkan dengan anak2 kawanku yang lain, mereka sudah mula membaca sejak dari umur 5 tahun. So masa Januari 2011, daku setkan target Najwa mesti pandai membaca sebelum Jun 2011. Alhamdulillah, anak ini cepat tangkap apa yang diajar, baik rumi mahupun jawi.

Syukur target ibu tercapai, anak sulung kan mesti tunjukkan teladan yang  baik pada adik-adik kan. Jadi kak long sekrang ni boleh ajar adik-adik dia pulak. Alhamdulillah ringan dan mudah sikit tugas ibu.


Spread the love

Tags :

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge