Mee Kicap Tamin, Jalan Dato Onn Ipoh

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi. Pakai baju, naik kereta terus cariiiiii mee kicap!! Hihihi pepagi lagi dah ingtkan hubby, mesti cari mee kicap tau! Kalau dah sampai Ipoh, alang2 tu mestilah kene singgah kan. Pusing punya pusing jumpe jugak Kedai Tamin, Jalan Dato Onn, Ipoh. Tempatnya terletak di deretan shoplot lama dan punya sentimental value tersendiri, di pusat bandar berdekatan Super Kinta, Ipoh. Dalam 15 minute je dari rumah sewa hubby.

Tengoklah budak2 ni, bajet ngantukla tu sebab kene kejut pepagi hihi. Korang kene dengar cakap ibu tau, kalau tak sentap ibu nanti ;).

Inilah dia mee kicap tu, sedap! Eh semua pon sedap ek, tak pernah kalau daku citer pasal makan and komen tak sedap hihi. Mee ini direbus dan ada kuah kicap di dalamnya tu, di makan dengan sup, emm rasanya tak masin atau tak pedas, just nice!! Emm tak sia2 duk mencari mee ni, memang recommended!

Inilah rupa tuan belog yang happy sebab kehendaknya diturutkan. Saya tak minta banyak bang, dapat makan mee pon jadikla hihihi. Tq en hubby!! Pasni kita belanja abah pulak ye. So pasni nak cari makan apa pulak ye?? Kita tungguuuu!!!

12 thoughts on “Mee Kicap Tamin, Jalan Dato Onn Ipoh”

  1. baru first time dengar mee kicap tamin ni. Kalau ada sup, tak sama ke dengan mee sup letak sambal kicap tu, tp ni kira kicap yg utamalah ya, sup sampingan je…

  2. Kakak ingatkan mee kicap tu style mee goreng tapi tak guna cili banyak hanya kicap aje. Bila aju kata mee dia rebus memang kakak tak pernah makan…

  3. Yg ni tak sedap……pegi lah ke daud mat jasak ataupun kedai mee kicap ipoh di depan ocean……

    Yg ni mek kelantan buat, x sedap…..x original…..

  4. dalam tahun 89…hehe masa lepas Spm..saya pernah bekerja di kedai cik mat ni..kedai Daud mat jasak..tak menang tangan ramai pengemar mee kicap..kena time staff gomen waktu rehat x cukup tangan..penat jgn dikira…tapi puas..hari2 boleh makan mee kicap..gaji x banyak mana pun,tapi kenangan bekerja disitu akan saya ingat sampai bila2…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: