
Gambar ini diambil sewaktu dalam perjalanan ke Parit Buntar. Indahnya ciptaan Allah ini, Subhanallah. Terasa mendamaikan mata melihatnya, kalau dapat duduk di tepi sawah sambil muhasabah diri ini dengan melihat kekuasaan Allah alangkah nikmatnya. Damai sedamai-damainya, hijau dan menenangkan akal dan minda. Indah, indah dan indahnya...

Untuk merasakan keindahan, bacalah susunan syair yang indah-indah, buku-buku yang berfaedah, tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya. Memerhatikan keindahan alamitu menambah harga diri.
Hasad dengki menghilangkan keindahan, baik keindahan badan, keindahan jiwa ataupun keindahan akal. Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.
Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.
Letak keindahan bukan pada ejekannya, tetapi pada cara dia mengejek. Bacaan al-Quran dengan lagu yang indah dan suara yang merdu menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.
Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya. Perhiasan timbul daripada kerinduan terhadap yang indah. Bunga yang mekar di atas meja dan kerusi yang bagus, semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid. Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan. Tetapi jangan berlebih-lebihan. Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.
Sesungguhnya Allah itu indah, suka akan keindahan. Perhiasan adalah barang indah. Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk. Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang kasar, jiwa yang tidak mengenal keindahan. Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci, setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.
rindu gak sawah padi aka bendang ni
sejuk mata memandang
rindu kg nak blkkkkkkkkkkkk
Percutian yg INDAH,
dgn anak-anak memang INDAH
makan-makan pun INDAH
apa lagi senyum-tawa bertambah INDAH
segala-galanya INDAH
mahu bercuti selalu pun INDAH
Iman, amal, kasih-sayang semuanya INDAH Aju kalau kita aplikasikan dgn sebaik-baiknya
Setiap kali ke Utara, kakcik suka menghayati keindahan panoramanya termasuk sawah padi yang luas terbentang. 🙂
memang syok sgt tgk sawah padi…kalau balik kmpung kat kedah mesati jenguk sawah baru la rasa tenang
memang cantik..tu pasala ramai pengantin ambil gambar di sawah padikan..
amik gambar sawah padi ni mmg cantik kan.Blog akak 2 hari lepas pun ada gak gmbar2 sawah padi dan alam sewaktu balik ke Kedah.
memang damai dan menenangkan kalo tengok sawah padi menghijau ni….
Indah sungguh ciptaaNya…
Rindu plak kat kg tgk sawah padi ni…
mmg cantek sawah padi…sy pon dilahirkan di kwsn sawah padi..hehee
salam kenal ya 🙂
subhanallah..cantiknya pemandangan di sawah