Korang ada masalah bintik hitam di muka? Emmm daku terjumpa petua-petua untuk menghilangkan bintik hitam tersebut, setakat ni belum pernah try lagik, tapi madu yang beli kat Cameron Highland aritu ada lagik, pasni blehla mencuba kan
- Ubat Gigi
Ubat gigi antara ‘ubat’ paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.
- Madu
Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.
- Susu Segar
Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.
Nice tips! hee 😀
aju bintik hitam nurul takderlah tapikan baru kena cikenpox ada mcm scar..adalah 3 biji 4 biji..kira boleh juga ek guna petua nie aju??
Boleh try nii..mcm dah muncul jer bintik2 hitam kat muka nii…tq aju…
petua baru ^^
bahan2 pun senang nak dapat dan buat. blh try ni.
bintik hitam ni mksdnya yg timbul2 tu ke jeragat eh? kita konpius..kalo jeragat oklah blh try..
boleh try ni ..ubat gigi n madu…
tp tak tahu la kerajinan tahap ke brp ni…
wah! mudah je caranya, antara nak but dengan tak nak je kan aju.
Thanks berkongsi di sini…
petua yg bagus ni 🙂
fieda tak der lagi bintik2 hitam..tp petua ni kena ingat ni..kalau kalau dh timbul sng dh ada petua..tak sangka ubat gigi pun boleh..
apa benda yg mak awak pakai? kongsi la..huhu..
Merawat jerawat, bintik hitam atau (blackheads) dan sebagainya akan lebih berkesan jika menggunakan rawatan secara luaran dan dalaman. Setahu saya jika hanya dari luar bintik hitam akan tumbuh semula. So perlulah merawatnya dari dalam juga, dengan kata lain dengan pemakanan yang bersesuaian.
Tumpang tanya..bintik hitam tu yang jeragat tumbuh kat pipi dan tepi mata ke? Saya serius la masalah tu..
Terima kasih jika ada sesiapa sudi beri penjelasan..
Hahaha..betul ke tips ni..nanti boleh cuba ler..kalau parut bekas jerawat boleh digunakan jugak ke?
ubat gigi ape yg sesuai.???
good tips….
Ada sesiapa di sini yang dah try petua di atas? Hehe..share yer hasilnya… 🙂