Tanda-tanda suami curang:
1) Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.
2) Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.
3) Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
4) Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.
* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April 2012
He he hehhh… memang kalau orang tak jujur, reaksinya yang berbeza daripada biasa akan ketara.
haaa…tu dia..kena perati ni..
alamak…selalu ciri2 tu keluar bila ade tender nak keluar..nak kejar dateline,,tapi mengubah penampilan kepada lebih selekeh…sampai nak shave pun tak sempat
Instinct seorang isteri selalu nya kuat, bley dapat rasa bila suami curang.
naluri seorang isteri mmg selalu kuat. Moga suami kita semua baik2 dan tidak berlaku curang di belakang kita kan….
Keharmonian rumahtanga mmg perlu di jaga untuk kebaikan bersama…
hehehe..doakan smuanya baik2 belaka..
betul kata kak yus… naluri isteri mmg sangat kuat kalau ada yg tak kena pada suami…
minta2 lah pasangan kita semua dihindarkan drp berlaku curang…