Hari ini daku bercuti atau lebih tepat on medical leave gara-gara demam dan bengkak tonsil. sebenarnya dari kecik-kecik lagi tonsil ni memang dan membengkak tapi ianya menyerang secara tidak kerap atau sekali sekala sahaja. Hmmm memang dari hari Jumaat lepas dah rasa tak sedap badan, cumanya malas nak layan sangat sakit ni kan, nanti manja sangat langsung tak bleh buat keje.
Macamana nak uruskan bebudak tiga orang ni kan, so maknya memang kene kuat mental dan fizikallah. Semua tu macam psiko je kan, kalau otak kata badan sakit so kene react macam sakit, jadinya ianya akan automatik jadi longlai macam agar-agar tu.
Tapi kali ini memang tak boleh tahan dah, badan rasa sakit-sakit sampai ke hari ini. Jadinya malam tadi kene jugak gi klinik dan dapatkan ubat. Sampai klinik tu baru tahu tonsil ni membengkak dan kene dapatkan antibiotik barulah lega. hmmm patutlah telan panadol tapi demam tak surut rupanya ada sakit lain disebaliknya.
Nampak besar je ubat tu kan? memula tak tertelan jugak, tapi bila anak-anak duk mengerumun, ubat yang mula-mula rasa tak tertelan terus je boleh masuk dalam perut hehehhe, sebab tak boleh nak tunjuk contoh yang tak baik kat anak kan, nantinya semua takmo makan ubat kalau tengok ibunya teruk semacam je time tu, senang cakap ibu dan abah adalah contoh terbaik buat anak-anak kan. hehehehe
get well soon uols
memang seksa giler kena khen
mak ubat na
moga cepat sembuh yer ajue…
kagum la dgn semangat aju…aanie ni xtau la camne…
aju, dah lain dah blog ni…apa dah jadi ni?
link psl CP tu xleh bukak….