Resepi bubur lambuk
BAHAN-BAHAN
- 2 mug beras | rendam dalam 20 minit
- 1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)
- 1 bungkus kecil rempah sup
- 250ml santan
- 3 sudu makan lada hitam
- 3 biji bawang merah | dikisar
- 8 ulas bawang putih | dikisar
- 1.5sm halia | dikisar
- 1kiub pati kiub lembu | jika suka
- Kentang secukupnya | dipotong kiub
- Lobak merah | dipotong kiub
- Daun sup | untuk ditabur
- Bawang goreng | untuk ditabur
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing
- Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
- Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
- Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
- Rebus beras sehingga nampak lembut.
- Masukkan santan dan garam secukup rasa.
- Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah
- Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng
- Siap untuk dihidang
Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali, kalu beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba, try sekarang nanti puasa boleh buat lagi.
Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via FB mahn (masak apa hari ini)
Bubur Lambuk Agong Kampung Baru hari ini diangkat sebagai ikon pelancongan sempena bulan Ramadan.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata Bubur Lambuk Agong itu merupakan ‘signature dish’ yang terkenal serta diiktiraf bukan sahaja penduduk Kampung Baru malah sekitar Lembah Klang.
“Seluruh pelosok Lembah Klang turut singgah ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk mendapatkannya selain untuk beribadah di masjid ini,” katanya semasa berucap pada pelancaran Bazar Ramadan 2012 di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.
Sempena pelancaran bazar Ramadan itu, sebanyak 100 periuk bubur lambuk diagih kepada pengunjung.
P/S : Bulan puasa bubur lambuk ini adalah menu yang wajib kan, kalau kat surau area umah ni, pas Solat Asar baru bleh pegi ambik, kalau kat masjid kg Baru sama gak kot ek?
tulahh ada dgr di berita
banyak betul periuk yg digunakan utk buat erk dik
dari jam 9 mlm
untunglahh org2 KL kan
kat sini gak x dpt merasa
Dah 2 hari terlepas bubur lambuk kat penjara ni..
ptg smlm buka kt kedai mamak dpt bubur lambuk mamak 1 cup sorang…
setiap tahun macam tu kan… dibuat dgn penuh kasih sayang la tu.
ALhamdulillah, skrg ada di depan mata..bos belanja..