Dari blogspot ke wordpress

20120705-092558.jpg

Sebenarnya dah lama berkira-kira nak tukar hosting ni, bila dah ada domain sendiri rasanya better ada hosting sendiri pulak. Actually yang pindahkan atau import segala isi perut dari blog lama ke wp ini adalah kerja si NetKL, bayar je duit diorang buat kerja ni semua.

Tapi tak pulak dinyatakan widget follower dan link kawan-kawan tidak diangkut sekali. Giler kecewa plus luluh hati ini bila tengok widget follower hilang macam tu je, dah google cari tutorial untuk dapatkan balik follower tu, tapi since Google Friend Connect dah dimansuhkan pada 1 March lepas daku tak jumpa solution lain selain minta tolong kawan-kawan follow semula blog ini.

Masalahnya tak reti nak create widget follower pulak, adehhhh pening lapan ploh kali lagik hihi. Takpelah biar daku pening dulu, nanti jumpelah caranya tu. Nak godek- godek je ni tapi tak sempat lagi.

Kalau ada kengkawan yang boleh tolong, silalah bagi solutionnya ye. Masalah berikut:

1. Entri terkini blog ini tak update di bloglist kawan2.
2. Nak create widget follower, bagaimana?
3. Nak create widget link kengkawan?

Oklah letak 3 masalah dulu, masalah lain akan menyusul kemudian, takmo kerut-kerut muka, nanti masalah lain plak timbul kikikikkki. Sebenarnya kan rasa menyesal jugak tukar ke WP ni sebab banyak guna plug in dan coding yang bukan-bukan. Bukan-bukan? Hihihi sendiri yang tak paham salahkan coding plak kan. Ok, daku akan cuba satu persatu tutorial yang ada dan perlahan-lahan ke blog kawan2. Tq buat kawan2 blogger yang datang menjenguk walau entri terkini tak appear di bloglist korang. Sayang ketat2!!! Oklah nak jalan-jalan tenangkan hati lalalalalalalalalala

6 thoughts on “Dari blogspot ke wordpress”

  1. wordpress ni mmg ramai yg pening dear…bukan ko sorang je yg merungut…huhu…
    aku tak reti nak tolong la…harap nnt ada yg sudi tolong…

  2. owh..padan la cam asik tak keluar jek GFC widget tu..dah lama dah perasan..but malas nak amik tau..hehehe..

    kalau bab link member2 tu..just add jek links diorang kat dashboard tu kat “Links”..
    kalau nak bule categorize kan links tu jugak..but kena create “Link categories” dlu la..then masa create new links tu just specify jek nak letak under category mana…
    pastu kalau nak displaykan kat side just pergi kat “Appearance” > “Widgets”. Then drag and drop widget “Links” tu kat sidebar mana nak letak..bule pilih nak display links under satu category or all links…

    kalau latest post tak keluar tu maybe ade something wrong ngan setting RSS kot…

    bab widget follower tu..takle nak cakap pe la..hehehe..

  3. follower memang tak boleh create cuma mungkin aju boleh guna google circle….atau mungkin guna fb like…saya dah bagikan coding bloglist tu kan…

    mula memang terkial2 sikit guna wp ni…tapi biler dah lama pakai ok..

  4. baru sampai sini arini..wow..terkejut tgk ingat salah umah..tak dapek nak tolong..hihi..tak reti yg canggih2 ni..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: