Lama dah tak update cerita tentang aktiviti kami sekeluarga kan? Sejak-sejak nama blog ini bermasalah tak update entry terkini di bloglist kengkawan, terus hilang mood nak update tentang kisah sweetfamily ni. Kami sekeluarga sihat-sihat belaka, rindu nak jenguk umah kengkawan semua. Kerja membataskan untuk daku sering buka internet during office hour.
Hari ini nak cerita tentang aktiviti kami semalam. Hubby ku pagi-pagi dah ajak gi shopping baju melayu dia dan Adam. Daku dan gegurl ku dah settle bab baju raya ni. Oklah menggagahkan diri keluar rumah jam 9 pagi. Ni pon dah lambat sebab biasanya parking kat luar tu dah penuh kan.
Sampai je kat Jalan TAR memang ye SESAK!!! depan Sogo dah ramai yang menanti. Kami duk nganga tengok orang ramai sangat. Ishhh yang tak boleh tahan tengok orang ramai dah beratur depan First Lady, ish ish ish depa ni wat sales giler2 ke sampai orang duk tunggu macam tu skalik?
Dah dua kali round cari parking takde, then hubby kata kita tak jadilah shopping sini, yahoooo!!!! Hihihi tak larat nak bawak anak2 redah kasi pecah itu Jalan TAR kalau cenggini gayanya. So kami semua pi Shah Alam, Kompleks PKNS, memang terbaik!!!!! And dah jumpe baju Melayu dua beranak ni pon, alhamdulillah lega!!!
Orang tak ramai sangat masa kami sampai tu, fuhhh abah ni cerewet jugak, jadinya bila dah dapat baju Melayu idaman hero2 ni, ibu dah tak pening kapla lagi.
Oklah settle bab baju, pasni misi cari kuih raya pulaklah! Korang dah settle bab baju raya?
kakcik pun dah tak sanggup nak tambahkan kesesakan Jalan TAR tu – takut pengsan! ๐
sabtu n ahad memang ramai org kat area jalan TAR ni…sib baik kerja kat area ni..time rehat bolehler pi sana..
Tahun ini kakak jahit cepat siap Aju sebab tak menjalin manik. Anak-anak dara kakak tak nak dah sebab kalau ada manik malu nak pakai di asrama. So 2 minggu belum puasa dah siap semuanya..
First Lady mana-mana pun sesak kalau ramadhan Aju..
mak aihh nie yg dinamakan sesak ngan orang ekeke
adoiii sah2 ada sale giler2 nie kat 1st lady tuu kalau tidak
x der nyee org nak beratur macam tuu ekkee ๐
akk dah settle .. alhamdulillah
nak elak macam nie lah nie huhuh
bab baju suami aku tak cerewet sgt..tp kalo bab kasut/sandal…adoih…lenguh lutut.
Bestnya dah shopping raya. Jalan TAR klo musim perayaan memang lah sesak luar biasa. Aju…butik First Lady ramai org sbb ada koleksi baju raya dari Jovian.
Aku pun dah settle baju raya tuk semua org.. Kebetulan balik kerja hari Sabtu en suami menjemput dan ajak g The Store, so jalan punya jalan terus maseuk butik Gene Martino berkenan ngan design baju Melayu kat situ terus beli.. Malas nak pk banyak2… Kuih raya pun dah siap order.. Cuma nak cari kuih semprit yg sedap tuk emakku ni…