Doa Anak Pandai Belajar, Jom Amalkan Bersama |
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak mereka berjaya baik dalam pelajaran mahupun di bidang kerjaya mereka. Sebenarnya amalan ini perlu dimulakan sejak mereka di dalam kandungan ibu lagi. Ibu pula wajib menjaga pemakanan, doa amalan seharian dan aktiviti sihat ibu-ibu hamil.
Peranan mendidik anak bukan setakat ibu tetapi ayah juga memainkan peranan. Kerana anak-anak adalah ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu ayah. Macam itu jugalah harapan saya supaya anak-anak saya menjadi insan yang baik dan berguna dunia akhirat.
Doa anak pandai belajar
Kata-kata dan perbuatan kita juga adalah doa. Jika baik amalannya, maka baik jugalah hasilnya. Jika sebaliknya maka itu jugalah cerminannya. Saya banyak mencari doa amalan harian untuk diamalkan supaya menjadi habit dan tidak lupa untuk dibaca.
Banyak doa dan amalan baik yang boleh diamalkan. Di sini saya dikongsikan doa yang boleh diamalkan untuk anak pandai belajar. Saya ambil dari majalah PaMa. Moga menjadi amalan untuk kebaikan bersama Insyaallah.
Jalankan tanggungjawab sebagai ibu ayah
Mendidik anak memang bermula dari dalam perut ibu lagi. Kita boleh amalkan bacaan surah di atas dan bermohon yang terbaik untuk si anak. Boleh juga amalkan bacaan surah ini dengan menghembus pada ubun-ubun anak.
Ketika ibu memasak, bolehlah bacakan doa dan hembuskan pada masakan. Ketika mencuci beras, sayuran dan lauk masakan. Nampak mudah dan remeh, tapi ini adalah asasnya.
Usaha yang nampak kecil tetapi manfaatnya sangat besar. Semoga Allah lembutkan hati kita dan keluarga untuk menjadi insan yang baik dan mudah menerima teguran dan menegur dengan cara baik juga.
Doa amalan setiap hari
1) Doa Agar Anak Rajin Solat
رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ.
.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40)
.
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.2) Doa Agar Anak Menjadi Penyejuk Mata.
رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا.
.
Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)
.
Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.
.
3) Doa Agar Anak Diberi Rahmat.
.
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي.
.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)…” (Surah al-Ahqaf ayat 15)
Tugas mendidik adalah dari semua pihak
Untuk yang menghantar anak ke sekolah. Tugas mendidik anak bukanlah terletak pada tanggungjawab guru. Kita ibu bapa memang sibuk seharian dengan mencari rezeki dan kita juga perlu luangkan masa bersama anak-anak. Beri perhatian ketika mereka bercakap, bercerita dan meluahkan rasa.
Semuanya yang saya kongsi adalah dari pengalaman sendiri. Dan semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam bersama-sama kita mendidik anak
TQ sharing dikk
insyaallahh semoga dijadikan amalan kita bersama 😉
insyaallah..