Little Caliphs
Najiha dan Kawan-kawan
Semalam ada lah hari sukan bagi Tadika Little Caliphs Sri Gombak yakni hari sukan sekolah Najiha. Untuk pengetahuan Najiha adalah 5 tahun ye. Jadinya ada dua acara yang disertai oleh Najiha iaitu Acara Susun Tin dan Bawa Buah Pinang Guna Sudu. Eiii very the excited!! Fes time ni nak tengok Najiha bersukan. Bukan senang nak tengok Najiha berlari, dia tak suka bersukan okeh..Hmm risau ibu nengok peyut Najiha yang semakin berisi tu kikikiki. Kuat benar selera makannya..
Susun tin
Bawak buah pinang guna sudu
Kita amik gambar diorang ni pulak hihi
Jadinya kami amik seat depan skalik sebab nak tengok dengan jelas gerakan Najiha tu, kot pantas ke slow ke..Lagi satu nak sorak kuat-kuat suh dia lari laju-laju. Sebelum acara sukaneka tu, ada acara persembahan pentas. orang duk ralit tengok anak-anak buat persembahan, daku duk sibuk amik gambar parents yang juga sibuk ngambik gambar anak masing-masing hehehhe kelakar pulak tengok gelagat orang, ade ke orang yang kelakar tengok gelagatku? hihihi takpe abaikan.
Yang Si Adam ni pulak, orang duk bising-bising bersorak bagi sokongan, boleh pulak dia lelap time-time tu, hmmm ngantuk benar gaknya. Bangun awallah katakan, biasanya kul 8 baru bangun tidur. Sian nengok sampai berpeluh-peluh, maklumlah dalam dewan tu ramai kan, kipas angin pon nan ado je angin dia, tak dapat nak nampung orang ramai dalam dewan ni. Terpikir ngapelah tak bawak kipas angin yang pakai bateri tu, emmphhh mana nak sempat pikir sume tu kan, yelah next time kene ingat ni.
Tahniah Najiha
Alhamdulillah group Najiha menang tempat pertama acara susun tin tu, yes!! bangga ibu dengan Najiha, boleh pon berlari, kalau kat umah tu nak berdukung je ngan abahnya. Hmm manja sangat ngalahkan si Adam ni.
P/S : Maaf kepada semua kawan-kawan, aju tengah mesrakan diri dengan wordpress ni, aju kehilangan 700 follower kesayanganku. Tengah duk baca manual lagik ni, pening rasanya, link kawan-kawan pon kene cari balik, insya allah aju akan balas kunjungan kawan semua. TQ for visiting me
Adam mesti penat… tu yang tdo tu ek…
waa dah tukar layout baru yer ajue…
ooo, dah tukar ke domain sendiri ke aju? Tahniah! Patutlah rasa lain je..
best juga buat sukan indoor ni ya, takdelah berpanas..
Tahniah untuk najiha…
Tahniah buat Najihah..
Comelnye dia..^^
Salam Aju..Wah..Tahniah Najiha…Sejuk je tengok wajah Adam lena..