November 26, 2020

Menu Berbuka Dengan Nasi Tomato

20120723-084011.jpg

Bahan-bahan yang digunakan

Hmmm pertama kali tau masak nasi tomato ni. Masak untuk berbuka hari ahad, semangat nak mencuba ni sebab duk tengok resepi kat google lah, wah meleleh air liur orang berpose ni hhihi. First time jugak masak berasss panjanggggggg ni, bab masak nasi ni siap call mak kat kampung nun, kalau silap masak nanti rugi jek kan sebab beras ni mahal.

 

20120724-082041.jpg

Tumis jek semua bahan2 ini

Mula-mula basuh beras basmathi ni dan rendam dalam 1/2 jam. Then toskan beras ini. Bahan-bahan yang digunakan teramatlah senang sangat taw!!

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus, bunga lawang dan kulit kayu manis.

 

20120724-082105.jpg

Masukkan stok megi ayam tu

Bahan-bahan ini ditumis dengan minyak masak dan sedikit minyak sapi. Tumis sehingga naik baunya ye puan-puan. Kemudian Masukkan daun pandan, susu cair, stok ayam, sos tomato dan air.

 

20120724-082113.jpg

Masukkan air pulak

Daku tumis bahan-bahan ni atas dapur tadi, then pindahkan ke rice cooker, dh menggelegak baru masukkan beras tadi. Biarkan ianya masak sehingga rice cooker bunyi tappppp!!! Kalau masak atas dapur tunggu sampai airnya kering dan kecikkan apinya, macam masak nasi biasa tu.

20120724-082120.jpg

Masukkan beras pulak

Then inilah hasilnya, tara!!! Ok tak? Mudah je kan.. Hihi..Selamat mencuba!! Thank you kat hubby yang memuji masakanku dan anak-anak yang memberi kerjasama yang baik sewaktu makan nasi ini kekekekek..

 

20120724-082127.jpg

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

3 thoughts on “Menu Berbuka Dengan Nasi Tomato

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: