Alhamdulillah sudah masuk hari ke 11 umat Islam berpuasa, macamana puasa anda semua? Syukur baik-baik saja hendaknya, tak lupa kita doakan saudara kita yang berada di negara yang bergolak supaya sentiasa dilindungi Allah.
Semalam daku masak menu simple saja untuk berbuka. Berbuka dengan anak-anak ni kene banyak sabar tanpa abah di sisi kerana suamiku berbuka dengan ofis mate katanya.
Sendirilah kan, melampaulah kalau beli hehehe
Semalam balik dari keje, jalan Sentul agak jem jadinya daku amik jalan alternatif bagi memastikan sampai ke param Gombak dalam jam 5:30ptg. Syukur dalam 5.40ptg sampai di pasar dan beli makanan berbuka sepantas kilat kekdahnya. Penatlah main kejar-kejar bulan pose ni kan.
Pas sampai umah, belum amik anak-anak lagi, terus masak nasi dan air. Eh memang simple bebenor pulak ni kan. Hihihi..ada lagi, pastu masak sambal sotong. Tapi menu yang simple inilah jadi pembuka selera sebab pedas sikit kan, daku ni dapat makan sotong sambal ni pon jadilah, tapi disebabkan Najwa berpuasa juga, jadi kenelah meriahkan sikit menu tu sebagai penguat Najwa untuk berpuasa lagi.
Tengkorak ayam untuk Najwa
Untuk pengetahuan hari ini masuk hari ke 8 Najwa berpuasa, dah lopong 3 hari sebab mula-mula tu tak tahan godaan adik-adiknya. Aduyaiii mana tahan nengok adik2 makan coklat dan eskrem depan mata kan, setelah dipujuk, dinasihat dan diceramahkan oleh ibu dia, Najwa mula dapat bertahan, dan moga bertahan hingga ke akhir Ramadhan lah hendaknya ye Najwa hihihi
alahaiii sedap la plak.. yg nampak mcm ada kicap tu apa yer kak ju?
menyelerakan betul tepung pelita tu aih…siap ader ekseseri motor lagi tu…
Sambal sotong yer aju, ingatkan sotong masak kicap ☺☺
Tak berkesempatan lagi nak masak. Tak sempat lah, dgn anak kecik & anak yg tengah lasak tu…huhuhu…
Rajinnya masak buat puasa, memang sangat menyenangkan bisa menikmati masakan sendiri.