Sedar tak sedar rupanya anak ibu, Najiha dah nak masuk darjah 1 tahun 2014 nanti Insyaallah. Sebenarnya daku terlupa nak daftar online di laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor https://public.moe.gov.my. [Updated 10/3/2017]. Tapi rasanya ianya masih dibuka lagi kan.
Sekarang ni semuanya mudah dan dihujung jari je, dengan 1 klik je semua urusan dah selesai kan. Jadinya terlanjur dah ke web ni terus je daftarlah, nanti kene jugak pegi sekolah buat pengesahan dan hantar dokumen peribadi Najiha macam surat beranak, kad pengenalan, sijil nikah ibu abah, bil2 air letrik.
Bagi yang masih belum mendaftar masih ada masa lagi, sila ke laman web jabatan pelajaran mengikut negeri masing-masing ye.
Kalau klik pautan pendaftaran tu, akan terus nampak skrin seperti yang tertera di atas dan di bawah ini. Masukkan maklumat yang berkaitan dan yang diperlukan ye. Sebelum ini, untuk Najwa juga daku buat proses yang sama, boleh refer di sini http://www.ajumohit.com/2013/03/pendaftaran-murid-tahun-satu-negeri-selangor-tahun-2013.html.
Nanti no pin akan diberi, atau kalau tidak pasti anda boleh terus menelefon atau bertanya terus pihak sekolah bagi mendapatkan kepastian. Dah settle bab daftar online :).
Bila anak semakin besar tabungan kena labih lagi Aju. Tak sedar dah besar dan 2014 dah masuk tahun 1…
ooo senang ye skrg ni… on9 pun blh daftar 🙂
Saya dah daftar kan iman dah ☺☺.
oo dah boleh daftar ek…saya dulu last minute baru register…terukkan
anak ema tahun depan…tp daftar masih secara manual..hanya selangor jer online..
pejam celik pejam celik sekejap je anak2 kita ni dah besar kan?
oh sgt2 mudah macam nie …
TQ dikkk sharing , kalau tidak akk x tahu tau
selalu ke sekolah lah daftar’
hurmm sok2 leh buat utk zahrien 😉
sekarang hujung jari jer ye..maira sekolah 2015 darjah satu..