Saya Dah Terjah SOGO Member Day Sale!!

20120713-220616.jpg

Siapa dah pergi SOGO Member Daya Sale?? Angkat tangan hihihih…Daku dah!!! Fuiiyooo!!! Ramai sangat orang kat sana, meriah sangat!! Dan harga pon berbaloi2 sangat-sangat. Dapat jugak beli baju raya anak-anak. Biarpon baju ibu abah tak beli tadi tapi dapat baju anak-anak itu dah cukup menggembirakan.

Yang penting dapat beli jeans Najiha yang susah nak dapat size besar tu, nak-nak tang perutnya tu, banyak rupanya pilihan jeans untuk Najiha, Soda, Kiki Lala, regenya RM20 ke RM26 je sehelai. Nanti daku tepek gambar dia ye. Habuk baju-baju kat Sogo tu banyak benor, daku tengok sume orang duk garu-garu idung je, terus jadik resdung kat situ, duk bersin-bersin jek memasing huhuuu..

Apapun puas hati dah dapat baju anak, so tak perlu pening-pening kepala lagi, so boleh fokus untuk persiapan berpuasa pula insya allah hehehhe

BACA  SOGO | Impian tercapai

Leave a Comment

Your email address will not be published.