Sinopsis Saleha – Slot Cerekarama TV3

20120707-134934.jpg

Satu lagi telemovie hebat akan ditayang di Slot Cerekarama TV3 pada 7 Julai ini. Tajuknya Saleha lakonan hebat Tasha Shilla. Watak Tasha Shilla kali ini amat mencabar kerana dia akan melakonkan watak gadis istimewa. Jangan lupa untuk meyaksikan telemovie Saleha di Slot Cerekarama hari Sabtu, 7 Julai 2012 pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis Drama Saleha

Saleha seorang gadis yang terencat akal dan berfikiran seperti kanak-kanak, selalu berangan untuk menjadi seorang pengantin. Dengan siapa dia dikahwinkan tidak pernah menjadi soal, yang penting baginya menjadi seorang pengantin.

Dia gemar memakai cucuk sanggul, ‘veil’ panjang, bersolek, bersongket dan berinai persis macam pengantin. Dia gemar berangan duduk di pelamin dan ditepung tawar. Nasib Saleha sering dirundung malang. Ibu bapanya meninggal dunia ketika usianya 17 tahun akibat kemalangan.

Sejak itu Saleha dipelihara oleh Mak Long dan Pak Longnya yang menyayangi Saleha. Rumah yang didiami Saleha telah diwasiatkan oleh ibu bapanya untuk sesiapa yang menjaga Saleha di rumah itu. Mak Long mempunyai anak bernama Esah yang tiga tahun lebih muda dari Saleha. Esah menjadi teman Saleha dan melayan segala karenah Saleha selama ini.

BACA  Sinopsis Rindu Bertamu di Abu Dhabi | Slot Akasia TV3

1 thought on “Sinopsis Saleha – Slot Cerekarama TV3”

  1. macam best aje ..

    ps : aah lah dikk blog adik nie prob .. kenapa erkk
    bila buka ada error .. klik pada recent post baru kuar ..
    huhuhu harap2 dpt selesaikan yaaa
    x perlahh take ur time dear ..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: