Lafaz niat untuk sebulan :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga apabila hendak melatih anak kecil belajar berpuasa. Latihlah sejak usia kecil lagi. Kalau masa umur Najwa 5 tahun, puasanya hanyalah separuh hari sahaja, masuk umur 6 tahun, hanya dapat 15 hari untuk berpuasa penuh. Tahun ini harap-harap Najwa dapat berpuasa sepanjang sebulan berpuasa hendaknya, manakala Najiha dah boleh mula belajar berpuasa kan ;).
Biarpun letih tetapi semangat hendak meneruskan puasa memang patut dipuji. Begitulah kerenah anak-anak kecil sekarang apabila menjalankan ibadah berpuasa. Daku tidak biasakan memberi upah jika puasa penuh, nanti kalau dah biasa dapat upah buat kerja lain pon tidaklah seikhlas hati.
Berikut adalah tips untuk mengajar anak-anak kecil berpuasa yang daku ambil dari Majalah PaMa
1. Bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga di rumah.
2. Tanya anak apa juadah yang digemari untuk berbuka puasa.
3. Ajak anak bersama-sama membantu menghidang makanan berbuka puasa.
4. Selepas berbuka puasa, amalkan niat berpuasa untuk esok hari bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.
5. Papa kejutkn anak untuk bangun sahur sementara mama menyiapkan hidangan.
6. Elakkan anak daripada aktif bermain di luar rumah kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
7. Jangan benarkan adik-adik yang lebih kecil berusia tiga hingga empat tahun makan di hadapan kakak/abang yang sedang berpuasa.
8. Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si kecil.
Thanks aju. Thn ni nak ajar iman posa ☺☺
ai kat sini sahur b4 1am sebab around kul 2am dah subuh….nak kejut si adam sahur x dapat la…latih dia sahur lepas bangun tidur tue…weols puasa lebih dari 5 jam….cubaan
sama2 kita latih anak kita berpuasa ya aju…
selamat berpuasa untuk aju dan keluarga juga…
memang kanak2 kena dilatih biarlah setengah hari pun takpa..lama2 diorang akan jadi biasa..teringat berpuasa zaman kanak2 dulu hehe