Umum ‘Saya suka menaip’ – Blogger Nisa Kay August 13, 2012

Spread the love

20120813-050445.jpg

SAYA suka menulis? Mungkin ayat ini terlalu ringkas dan mudah untuk dijadikan pengenalan diri. Namun, itulah moto blogger wanita kelahiran Temerloh, Pahang ini.

Tidak seperti orang lain yang mungkin menggunakan ayat-ayat sofistikated sebagai pengenalan diri, Khairunissa’ Mohd. Aminullah, 21, lebih selesa dengan moto ringkas ini.

Daripada bertatih sehingga mampu berdiri, pengetahuan blogger yang mesra dengan panggilan Nisa Kay terhadap dunia blog berkembang pantas. Selepas hampir empat tahun berkecimpung sebagai penulis, Nisa menjadikan blog untuk menjana pendapatan.

“Pada awalnya, saya banyak bercerita tentang aktiviti saya sebagai model sambilan. Hasil-hasil kerja fotografi akan saya muat turun dalam blog. Dari situ, saya mula dikenali dan mempunyai peminat. Kemudian, saya tercari-cari moto yang sesuai dengan blog saya. Kemudian, timbul idea “saya suka menulis”. Ia mudah diingat dan tidak sangka ramai pula menggemarinya,” ujarnya yang akan menyambung pengajian Ijazah Komunikasi Massa di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tidak lama lagi.

Tambahnya, dia banyak mendapat tawaran untuk mempromosi produk-produk kecantikan dan menjadi sebahagian kandungan blognya.

Nisa Kay turut berkongsi cerita tentang pengalamannya melancong ke serata tempat.

Bercerita tentang perkembangan barunya, Nisa Kay turut diberi peluang menjadi model tudung Luvstylista.

“Rekaan yang ditampilkan Luvstylista memang menjadi kegemaran saya. Ia banyak menggunakan warna-warna ceria sesuai untuk wanita muda. Dalam berfesyen, saya tidak memilih jenama. Sebaliknya, saya mencari sesuatu yang selesa dan beli apa yang saya suka pakai,” ujarnya.


Spread the love

Tags : , ,

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge