Berat badanku turun 3kg! Yeeha!

Berat pada tahun 2010

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Bermakna dah 24 hari jugaklah kita menahan lapar, dahaga dan menjaga adab-adab yang menjadi kebiasaannya seperti bulan-bulan tidak berpuasa. Sebenarnya bukan nak bagi tazkirah, tapi nak berkongsi berat badan daku yang semakin menghampiri berat badan idamanku hehehehe.

Berat pada tahun 2011

Memang seronok sangat sebab ramai rakan opis dan adik beradik yang perasan bentuk fizikalku sudah kering sedikit. Nak2 tang pipi ni. Nampak sangat perbezaannya. Eiii seronok sangat-sangat. Korang boleh tengok perkembangan beratku berdasarkan gambar-gambar yang tertera ni.

Berat pada bulan November 2011

So memang daku rasa seluar dan pinggang kain baju kurung dah longgar. Nak pakai slack pon rasa selesa je, sebelum ni memang selesa, tapi bila dah longgar ni lagi selesa hehehe. Kalau ikutkan susah berat ni nak turun, Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan, ia mula menampakkan hasilnya.

Puasa, puasa juga, pemakanan jugak harus dijaga. Daku makan nasi waktu berbuka dan bersahur tu sikit je. Sebesar penumbuk si Najiha, bukan penumbuk daku ni hehehe, barulah ada pengurangan kan, kalau ikut penumbuk si laki daku ni, maunya tak turun jarum penimbang tu hehehe. So hopefully raya nanti dapat mengawal nafsu dan selera makan. Kalau tidak sia-sia je nanti. Eiii seronok sangat!!!

Terima kasih buat kawan-kawan yang datang dan wish Selamat Hari Raya, salam hari raya buat kalian juga. Semoga selamat perjalanan pulang ke kampung nanti, bagi yang tak balik kampung tu jangan sedey-sedey tau..

20120813-122830.jpgBerat 57kg, gambar kurang jelas

Yang ni timbang di opis, gambar kurang jelas sebab duk amik sendiri je gambar ni, dah zoom abis dah hehehehe

3 thoughts on “Berat badanku turun 3kg! Yeeha!”

  1. akak baru dpt 58.0kg, dalam tempoh 4 bulan, 4 bulan lepas 66.7kg. Timbang last tu selalu ralat aju, timbang digital juga selalu lebih tepat….:D

    Apa pun tahniah, akak pun nak dpt 57kg gak mcm aju, sikit lagi nak capai….:)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: