Seawal jam 6:30 pagi dah bertolak dari Sri Gombak ke Pahang. Laluan kami lancar sahaja sehinggalah tibanya ke susur keluar ke Genting Highlands sebelum terowong Genting Sempah. Aiyoyo!! Jem sangat! Banyak kereta yang terpaksa berhenti di bahu jalan yang mungkin mengalami kerosakan akibat overheated.
Daku terpaksa drive sebab hubby duk berjaga malam tadi sebab ada rondaan di kawasan taman kami. Berjaga dari jam 12 malam sehingga 4 pagi. Mesti weng-weng kepala kan, jadinya daku sukarela nak drive. Anak-anak perempuan dah pun mandi, Adam je masih dibuai mimpi lenanya hihi.
Bila berjaga je dari tido, terus cari ibu. Tengoklah gelagat si Adam ni, nak duduk kat pangkuan ibu je kejenya. Takpelah janji Adam duduk diam-diam ye. At least tak bising sudahlah kan ;).
Alhamdulillah jam 10pagi selamat sampai di kampung. Daku dan hubby ni sekampung jadinya mudah saja sambutan raya kami tiap-tiap tahun ;).
perghhh..dh tahu menghala ke sana memang gini la jam nya..