Sinopsis Jidin Puasa Lagi | Cerekarama TV3

20120804-115714.jpg

Kedatangan Ramadan sering kali menerbitkan rasa gembira kepada Jidin yang berusia 10 tahun dan ahli keluarganya termasuk ibu, kakak dan abangnya. Mereka sekeluarga menganggap bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keuntungan dan kemewahan.

Bagi Jidin, dia mempunyai tiga sebab mengapa dia menantikan Ramadan. Pertama, Jidin akan mendapat upah RM 5 setiap kali dia dapat menghabiskan puasanya. Kedua, dia dapat menikmati juadah yang disukai untuk berbuka puasa. Ketiga, dia pastinya akan mendapat baju dan kasut raya. Bahkan, Jidin turut menyediakan pelan ‘B’ jika dia tidak dapat menghabiskan puasa. Satu hari, Jidin telah ditangkap oleh Pak Ali, tukang sapu sekolahnya kerana mencuri makanan di belakang stor sekolah.

Jidin merayu kepada Pak Ali supaya tidak memberitahu ibunya dan sedia menjalani hukuman dimana dia akan datang awal pagi untuk membantu Pak Ali menyapu sampah sebelum kelas bermula. Sejak itu, Jidin dan Pak Ali menjadi rapat. Jidin banyak mempelajari perkara tentang hikmah bulan Ramadan daripada Pak Ali. Jidin mula berubah dan berdakwah secara halus memujuk ahli keluarganya untuk mengejarkan solat tawarih di surau setiap malam. Berjayakah Jidin?

Pelakon: Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Syera Ayob, Izzue Islam, Harun Salim Bachik

Pengarah: Azma Rizal Yusof

BACA  Sinopsis Drama Cinta Jangan Pergi TV9

2 thoughts on “Sinopsis Jidin Puasa Lagi | Cerekarama TV3”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: