Tips Hias Rumah Dengan Cermin. Nampak Lebih Luas.
Daku sekarang ni duk hias rumah dengan cermin sana sini, almaklumlah rumah kecik. So bila ada cermin tu rasa luaslah sikit pemandangan hihi, padahal sonang nak make up muka pon ye ;). Ada beberapa faktor kenapa kita hias rumah dengan cermin ni, antaranya :-
Tips dan kelebihan hias rumah dengan cermin.

Sumber dari FB Anis Syuhada
1) Meluaskan Suatu Ruang.
Bagi sebuah bilik yang kecil seperti bilik di apartment, menggantung cermin adalah satu cara yang jimat untuk mendapatkan lebih ruang secara ilusi. Bagaimana?. Dengan keupayaan refleksinya, cermin meningkatkan kadar cahaya dalam bilik tersebut. Lagi terang…lagi luas pemandangan dan begitu juga sebaliknya. Cermin juga akan menggandakan saiz dan kedalaman (depth) secara visual melalui imej yang berulang.
Untuk membuat bilik anda lebih besar, gantung cermin pada dinding yang bertentangan dengan anda ketika memasuki bilik tersebut. Anda juga boleh lekapkan cermin di pintu almari atau kabinet jika dinding bilik anda sangat terhad. Bagi laluan seperti lorong dan tangga, anda boleh tempatkan cermin di kedua-dua bahagian dindingnya. Seeloknya saling bertentangan.
2) Mencipta Titik Tumpuan (focal point) dan Kesan Yang Dramatik.
Sebuah cermin yang besar akan menjadi focal point dengan sendirinya. Ia boleh digunakan sebagai anchor untuk semua elemen hiasan yang ada di ruang tersebut. Anda boleh letakkan cermin di atas meja makan untuk menonjolkan lagi hiasan meja yang digunakan.
Namun, tidak terhad di situ. Koleksi lain seperti alat kosmetik juga akan lebih terserlah bila diletak di atas cermin. Jika ditempatkan di belakang rak buku, kesannya terhadap koleksi anda lebih dramatik.
3) Menghindarkan Kegelapan.
Sememangnya tujuan utama cermin dalam dekorasi ialah untuk menerangkan suasana rumah pada waktu siang, apabila kita hanya mengharapkan sinar matahari. Jika cermin diletak pada tempat yang betul, bilik anda akan lebih terang. Anda perlu meletakkannya pada sudut yang bertentangan dengan tingkap supaya cahaya yang memasuki bilik anda dapat dipantulkan.
Jika anda mempunyai bahagian dinding yang dicat dengan warna gelap, cermin mampu memantulkan bahagian bilik yang terang untuk menyembunyikan suasana kelam pada dinding tersebut.
4) Menyembunyikan Kecacatan Dinding.
Jika terdapat rekahan atau kecatatan lain yang tidak boleh diperbaiki pada dinding, satu cara yang paling mudah ialah dengan menempatkan cermin di situ. Walaupun langkah ini seharusnya hanya untuk sementara, ia mampu menyelesaikan masalah dengan cepat dan jimat.
Tip Tambahan
Pastikan cermin yang digantung tidak terlalu tinggi, melainkan ia digunakan untuk memantulkan cahaya daripada tingkap. Bila terlalu tinggi, anda dan orang lain tidak dapat melihat refleksi imej yang cuba ditonjolkan.
Selalu fikirkan apa yang akan dipantulkan oleh cermin anda.
Sepatutnya ia digunakan untuk barang atau hiasan yang menarik seperti lukisan dan artwork. Elakkan mana-mana tempat serabut (tidak sedap mata memandang) daripada kelihatan di dalam cermin.
Pastikan anda memilih frame yang sepadan dengan tema bilik anda. Bentuk dan stail cermin anda seharusnya seiring dengan elemen dekorasi anda yang lain.
Bila memilih cermin untuk bilik anda, fikirkanlah yang besar. Lagi besar cermin…lagi banyak cahaya yang akan dipantulkan. Namun, terdapat satu kelemahan pada cermin besar kerana ia mudah pecah. Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkannya daripada berlaku.
Untuk tujuan keselamatan, jika cermin yang anda gunakan berat, anda mesti pilih kawasan dinding, alat dan bahan yang digunakan untuk menempatkannya betul-betul kukuh.
Di ruang rumah kakcik ada dua cermin besar. Yang sedihnya, cermin itu menjadi tempat anak2 buah meninggalkan kesan tapak tangan sampai kakcik naik penat mengelapnya… 🙁
_________________________
I added cool smileys to this message… if you don’t see them go to: http://s.exps.me