Syukur ini cek ke 3 dari exabytes ada programme. Walau amaun tak banyak, tapi bolehlah buat belanja. Kalau setiap bulan konsisten dapat pun dah cukup baik kan. Yang penting kena rajin je nak menulis entri bermanfaat.
Yang tu nak tarik pengunjung datang dan baca blog kita. Dari situ barulah pageviews yang tinggi dan konsisten. Bila pageview konsisten setiap bulan, ramai advertiser nak beriklan dengan blog kita.
Blogging memanglah untuk suka-suka, di sebalik itu ianya juga dapat menjana pendapatan sampingan. Duit poket anak-anak, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itu yang dikatakan buat duit dengan blog.
Setakat ini blog saya di pasang dengan iklan Nuffnang dan Exabytes sahaja. Lain-lain macam Innity atau google adsense memanglah tak layak. Namun saya amat berusaha ke arah itu, mana tahu saya boleh berhenti kerja, seterusnya jadi surirumah sepenuh masa dan menjaga anak-anak sendiri.
Kalau nak tahu cerita lebih lanjut tentang Exabytes boleh baca di sini. Saya ada ceritakan tentang syarat memohon iklan exabytes dan juga pembayarannya. Iklan ini juga tidak mengganggu status glitterati nuffnang anda, so dun worry, be happy!! ๐
Kalau korang memenuhi syarat yang disebutkan di dalam link tu, bolehla mohon. Cuba je mana tahu ada rezeki kan. Kalau tak cuba mana nak tahu.
Tapi memang sekarang banyak job offer dari syarikat luar yang nak guna blogger untuk iklankan servis dan produk diorang. Bagusnya kalau pageview blog korang tinggi.
Banyak peluang boleh grab kan. Macam saya ni, bayar untuk domain dan hosting secara tahunan. Memang kena cari side income untuk bayar tu.
Memang saya bekerja, tapi at the same time memang push untuk jana income lain. Berbaloilah renew domain dan hosting dari duit income blog tu kan.
Tak susah kan jana duit dari blog. Duduk kat rumah pun boleh je jana pendapatan. Yang penting kene usaha dan sentiasa fikirkan untuk ke depan. Jangan mengalah kalau kata pageview sikit dan tak menepati syarat.
Teruskan menulis sebab saya pun berblog untuk suka-suka. Tak stress dan takdelah sakit kepala kalau tak dapat income yang kita nak tu. Mood happy dapat cek ke 3 exabytes.
tahniah kakju sbb dah kali ke 3.. sy br sekali… hbs kntrak bln ni leh apply lg… ๐
Bestnya.
Bestnye…Tahniah Aju…betul tu..sikit2 lama2 jadi bukit..
lily nk apply tapi kompom tak layak..dahlah mls nk update blog.. ๐
tahniah aju..3 kali dah ye…mai la habaq kat fieda ni ketiga punya ni dorang byr brp?nk tau gak ni..
leeza nak berusaha nie.. trafik leeza sebelum2 ni 250 ke atas.. lately ni 160 gitu.. sbb update blog 2 hari sekali. huuu…..
mohon bantuan awk erk… mekasih awak..
plus, entri ni sgt bermakna.
2.. saya nak tanya.. kalau nk dptkan iklan ni.. kena ada domain sndiri erk.
leeza, kalau nak apply iklan exabytes ni tak perlu ada domain, pakai blogspot pon dah boleh apply, jgn putus asa, kalau minat berblogging kene ada passion untuk menulis, akak dulu mula mcm leeza ni, pas tu kene rajin blogwalking, bila dah byk networking traffik blog kita pon mula meningkat, jgn putus asa k
Setiap bulan dapat berapa ye? Dengar khabar, kalau dapat sambung kontrak, earning makin naik? Betul ke? Boleh explain tak?