Ada banyak sebab mengapa saya berblogging. Mulanya hanyalah suka-suka untuk mencoretkan aktiviti rutin bersama suami anak-anak. Bukan apa, inilah diari pengganti diri jika saya sudah tiada nanti. Juga kenangan untuk anak-anak yang melihat perkembangan mereka dari kecil hinggalah dewasa Insya Allah. Banyak topik yang saya kongsikan di sini termasuklah tempat makan yang kami singgahi, tempat bercuti, aktiviti harian kami, tips kesihatan, tips kecantikan, pendidikan dan berita semasa.
Dari situ juga saya belajar melalui penulisan kita juga boleh buat duit dengan blog, kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tidaklah banyak mana, tapi bolehlah nak menabung untuk anak-anak. Kemudian saya mengenali syarikat pengiklanan seperti Nuffnang dan selepas itu Exabytes.
Selepas 6 bulan berblogging menggunakan ajumohit.blogspot.com atau dengan nama SweetFamily, akaun Nuffnang saya mula didatangi oleh iklan CPUV (Cost per unique visit) campaigns atau Buffered Earning yang mana iklan tersebut mula menampakkan pertambahan dalam pendapatan terkumpulnya. Mulalah aktiviti berblogging selama ini suka-suka menjadi lebih berinformatif untuk perkongsian bersama. Yang mana selepas itu saya mengambil keputusan untuk mempunyai domain dan hosting sendiri dari NetKL dan bertukar kepada domain www.ajumohit.com
Saya juga mengenali ramai rakan blogger. Walau tidak pernah bersua tetapi hubungan antara kami seperti kawan yang telah lama mengenali. Ramai sifu yang menjadi inspirasi saya seperti viruspadu, redmummy, yanmieonline dan ramai lagi.
Klik banner
Bagaimana pula anda? Apa kata anda ceritakan tujuan anda berblogging, mana tahu ada rezeki kita bersama untuk memenangi hadiah lumayan di Eizil.com kan
Bila kita suka membuat sesuatu, pasti hasilnya juga akan lebih cepat kelihatan, ini semua kuasa tarikan minda kita terhadap sesuatu. Semoga terus menulis dan menjana pendapatan daripadanya.
good luck kak ju… tu lah yg dinamakamn rezeki berblog kan 🙂
All d best + gd luck
Good luck aju.
alhamdulillahhhh
ekkeke
lawak je akk nie kan
baca macam real aje apa yg aju tulis
macam same aje ..
rupenya ada sebab .. ekekek
joint blogging contest rupenyeee ekek
gud luck lahh dik !
Selain dapat kenalan boleh juga jana pendapatan smpingan..
sikit2 lama2 jadi bukit..All the best Aju..Good Luck..^^
fieda pun sama mcm kak ieda..ingatkan aju saje2 wat entry ni rupanya masuk contest..hihi
aju nak tanya camner nak buat ruang utk iklan tu…kalau org nk iklan kan produk dia,dia just kasi kita banner ke..?pastu aju masukkan sendiri..?
Salam Aju..
Wah, bestnya! Dalam masa 6 bulan dah dapat buffered earning tu. Tahniah. Seronok baca blog aju.
Semoga aju dapat memberi banyak manfaat dan informasi kepada pembaca.
Take Care Sis
p/s: sila padam komen diposting bawah. Haha Tersilap tulis komen lah. Sorry
hai ajue…lama dah tak kesini sorry lambat reply pasal wp tu…skang ni saya busy tak sempat nak tolong ajue pasal wp tu sorry k…nanti kalau nak buat header saya tolong k…
good luck aju…..
dulu suka-suka…sekarang suka-suka hati lak….hehe….
good luck aju..
aju..ooo..fieda ingat sama jer blogspot dgn worpress ni…thanks ye..
salam…pertama kali saya singgah di sini..saya juga berharap agar blog saya nanti akan dibaca oleh anak2 bila mereka dah besar nanti..
p/s: goodluck ye
Teruskan memnulis entri yang hebat-hebat,
Supaya ramai pelawat yg akan berkunjung,
Lahirnya blog kita kerana sahabat-sahabat,
Tanpa mereka blog kita tiada yang hendak disanjung.
Ikutlah kehendak hati kita,
Jangan terikut-ikut dgn orang lain,
Semoga berjaya dlm apa jua kerjaya,
Teruskan berusaha pasti anda berjaya di masa depan.
#Selamat Berjaya.
Good Luck Aju…
Salam,pertama kali ke blog ni,menarik juga kisah tuan punya blog ni,boleh dijadikan panduan kepada blogger-blogger baru yang akan datang :-),semoga berjaya
setuju dengan meningkatkan kualiti penulisan,kenal ramai blogger. banyak kita leh belajar. reason sy buat blog pun lebih kurang tu gak. 🙂
Salam ziarah. Jemput joint juga ya Giveaway akak, boleh lihat di
jangan lupa tekan button share di bawah tajuk entry akak ni untuk share di facebook @ tweeter.
insya Allah, berjaya dapatkan pack serbuk tu nanti.