Nak tambah stok susu!
Nak tambah stok Drypers!
Nak itu, nak ini..
Stok susu anak-anak semakin berkurangan, kebetulan keje saya weekend ni bukak website Giant, Carefour dan Tesco. Nak tengok sapa offer paling murahlah kan.
Dan saya ternampak promosi Susu Dutch Lady 123/456 pelbagai perisa hanya RM18++, murah betul!!! Pastu Drypers RM30++, murah jugakk!!! Semua itu di Giant seluruh Semenanjung Malaysia sahaja. Wahh baru dapat gaji pulak tu kan, its come at the right time kata omputeh tu ;).
Suami saya kan ke setiap Sabtu bekerja, Giant pulak beberapa kilometer je dari rumah. Saya belum pernah keluar shopping barang rumah dengan tiga orang anak-anak ni, semuanya mesti ada suami, memang tak terkejar dibuatnya nanti. Kalau ikutkan pagi ni nak terus pegi tapi bila dipikirkan anak-anak mesti berebut nak main mainan dalam Giant tu, terus saya matikan niat murni ini ;). Kalau setakat nak pegi kedai mamak tu oklah lagi kan ;).
So pagi ini masak dulu, tunggu abah balik petang nanti baru nak gi shopping susu and diapers. So ibu-ibu bolehlah terjah Giant, offer ini sempena Baby Fair gi Giant dari 29 September sehingga 30 September 2012. 2 hari sahaja, jangan lepaskan peluang ini ;).
tengs for the info aju…haha..takkan kulepaskan peluang…maklumlah susu tu pun kalau kat kedai ubat dah 21.90..kalau amik 3 pek dah jimat 10 ringgit
susu alisha pun dah hs ni.. leh g kalu dan…
Jarang shopping kat Giant..^^
jom2..