November 28, 2020
Uncategorized

iPhone 5, lebih kecil dan ringan

SAN FRANCISO – Apple melancarkan iPhone 5, yang lebih kecil dan ringan serta sejumlah ciri-ciri terkini, tersenarai dalam kategori 4G, pada satu majlis yang dinanti-nantikan dunia, di sini semalam.

Produk terbaru ini 18 peratus lebih tipis dan 20 peratus ringan berbanding iPhone 4S.

Apple berkata iPhone 5 akan berada di pasaran mulai 21 September ini.

Apple mendakwa telefon pintar terbaru ini sebagai yang paling tipis dalam dunia buat masa sekarang.

Naib Presiden (Pasaran Sedunia) Apple, Phil Schiller berkata, ia mempunyai skrin yang lebar iaitu paparannya sehingga empat inci berbanding 3.5 inci sebelum ini, dan beratnya pula 112 gram iaitu 20 peratus lebih ringan berbanding iPhone 4S.

Ia membawa kamera 8 mega pixel dan resolusinya 1136 x 640. Lebarnya 2.4 inci manakala tingginya 4.9 inci dan setebal 7.6mm.

Selain itu menurut Schiller, iPhone menggunakan pemproses A6 yang lebih baik, memiliki kuasa memproses dua kali lebih pantas berbanding komponen sebelum ini dan disertakan penghubung 4G LTE sesuai dengan platform 4G.

“iPhone baru beroperasi menggunakan cip A6, bermakna anda boleh mengendalikan foto, muzik dan pelbagai aplikasi dengan cepat,” katanya lagi.

Apple juga dilaporkan telah memperbaiki jangka hayat bateri dan menyediakan ciri-ciri kamera yang lebih baik.

Ia juga dikatakan mempunyai tiga mikrofon. Produk terbaru ini boleh diperoleh dalam warna putih dan hitam.

Pratempahan bagi iPhone 5 akan bermula Jumaat ini. Teruja kan? 😉

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

4 thoughts on “iPhone 5, lebih kecil dan ringan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: