November 27, 2020
Uncategorized

Kasut Kuning Saya, Tak Matching Pun Takpe

Photobucket Pictures, Images and Photos

Ini kes last week masa saya training di Quality Hotel KL tu. Biasalah kalau dah namanya traning di tengah KL tak sah kalau tak jalan-jalan bershopping kat SOGO nun kan. Hari Jumaat kan ke rehat lama kan, saya dan officemate laju jek menapak ke Sogo, kitaorang kata “cuci mata je, bukan nak beli apapun kan”. ngeeeeee

Masuk Sogo memang penuh sokmo dengan orang ramai, nak plak hari-hari ada SALE kan, pelik pulak kalau Sogo takde Sale ni. Kalau korang biasa ke sini, kt ruang legar nun lah tempat orang ramai berkerumun. Macam-macam ada!!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Terus mata saya terpandang casual shoe ni, see see see!!! cantik-cantik kan. Kebetulan memang tengah mencari kasut macam ni untuk jenjalan, selesa dan tak sakit pinggang coz flat shoe. Saya try satu, emmm selesa, lembut dan sedap berjalan…hihihii..Pastu pikir, colour apa nak rembat nih?? Hitam match dengan semua baju tapi hitam tu biasa-biasa je, merah? emmm cantik jugak, tapi dah ade kasut merah…

Jadinya saya pilih kuning, biarlah tak match dengan semua baju, janji ia cantik di mata saya kan..Oklah inilah pilihan saya, amacam okeh tak? Ngeeee..Tapi nak tau tak? saya pakai hari pertama tu, kasut ni gigit kaki saya, maksud gigit di sini merujuk kepada belakang atas tumit tu melecet, tau kat mana kan? Kata orang kene gigit dulu sebelum pakai kasut tu, tapi pikir balik, apa kejadahnya nak gigit kasut, baik saya gigit burger bakar ke ada pekdahnya kan..hihihii

Lepas 3 hari pakai then ok dah hehehe, hilanglah masalah melecet di kaki saya 😉

Photobucket Pictures, Images and Photos

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

6 thoughts on “Kasut Kuning Saya, Tak Matching Pun Takpe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: