Menu Jamuan Raya Di Opis


Siang tadi ada makan-makan raya di Opis saya. Bab makan-makan ni memang suke sangat lah gamaknya. Macam-macam menu hidangan ada tapi kene plan awal-awal at least masing-masing dapat rasa makanan yang berbeza. Dari minuman, pencuci mulut hinggalah menu berat, semuanya ada. Yang takde duit raya je ;).


Sedap!! Itu je komen saya sebab berjaya buat saya kenyang sekenyangnya hihihi. Tapi setiap menu kene rasa sikit-sikit je sebab perut dah penuh, kalau kenyang sangat dah tentu tak bleh buat keje sebab mata dah berat dan nanti kalau lena tepi komputer kan dah haru.

Malam ini makan kami sekeluarga ditaja oleh jiran sebelah rumah, ada open house!!! Yeay!! Tak payah nak masak, tapi kalau balik keje memang tak masak pon hihi. Manakala besok pula dua open house menanti untuk diserbu…yahoooo!!!! Rezeki bulan Syawal tak putus-putus alhamdulillah.

BACA  Resepi rendang ayam mudah dan sedap

2 thoughts on “Menu Jamuan Raya Di Opis”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: