Hari ini bukan nak cerita tentang perancangan keluarga tapi lebih kepada perancangan dan hala tuju blog saya dalam masa 3 tahun nanti. Ini tugasan kedua untuk contest eizil.com yang mana saya telah menghantar tugasan pertama di sini.
Anda pernah menghadiri kursus tentang 4 jenis personaliti diri? Dari situ kita boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. Saya pernah menghadiri kursus seumpama ini selama 2 kali. Cuba anda teka saya ini di bawah personaliti apa? Emm takpelah biar saya bagitahu, Dove!! Itulah diri saya.
Saya akui, saya amat pemalu, kurang bercakap, dan kurang keyakinan diri. Faktor latar belakang keluarga buat rasa lagi berasa rendah diri. Tetapi, saya akui tidak mudah untuk hidup di kalangan mereka yang bercita-cita tinggi di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Syukurlah saya tidak pernah putus asa dengan kelemahan-kelemahan saya ini. Arwah ayah sumber inspirasi saya, mak orang kuat di belakang saya, Alhamdulillah saya bersyukur dengan pekerjaan saya sekarang.
Tahukah anda, kerja dan persekitaran kerja saya amat berlawanan dengan personaliti saya. Di tempat kerja saya berhadapan dengan client setiap hari, personaliti saya kan kata saya pendiam dan pemalu kan? Saya ambil inisiatif sendiri, atasi kelemahan ini. Banyakkan membaca, supaya senang kita berkomunikasi dengan client tentang perniagaan dan cabaran yang sedang dan akan mereka tempuhi. Setiap hari perlu berjumpa client dari pelbagai peringkat umur dan pangkatnya, tanpa pengetahuan dan kepetahan untuk bercakap, siapalah kita, betul tak? Teka apakah pekerjaan saya? hihihi sorry takde merkah ye..
Saya juga mempunyai 2 staf di bawah saya, saya akui tidak mudah Group Dove untuk memberi arahan kepada orang bawahannya. Juga tidak mudah dalam membuat keputusan, semuanya perlukan pandangan dan pendapat orang lain, saya akui saya tiada kelebihan dari segi itu. Tapi, apa yang saya boleh lakukan, saya berikan yang terbaik untuk anak-anak buah saya, aturkan kerja harian dan pastikan kumpulan kami menjadi yang terbaik, Insya Allah.
Dalam kursus personaliti itu juga, saya ada maklumkan kepada trainer tentang my passion tentang suka menulis dan saya beritahu belliau saya mempunyi blog ini, setelah diberi ujian personaliti dan pemarkahan, trainer tersebut berkata,”Owh jun, no wonder you suka menulis, sebab personaliti you dan membuktikannya”.
Saya suka menulis di blog bukan sebab apa, kerana di sinilah passion saya, inilah personaliti dan apa yang saya inginkan sebenarnya. Bekerja untuk menampung keluarga, menulis itu untuk luahan rasa saya, anak-anak dan keluarga. Saya ingin meneruskan minat saya ini, saya juga mempunyai azam untuk mendaftarkan blog ajumohit.com dengan iklan google adsense, disebabkan blog ini berbahasa melayu jadinya peluang amat cerah tapi cerah untuk direject oleh pihak google ;). Jadinya saya sudah mempunyai blog Bahasa Inggeris, baru je semalam create hihihi. Baru ada 3 entry jadi jangan gelak ye.
Saya ingin aktifkan dulu blog bahasa inggeris ini, jadinya target saya dalam pertengahan tahun depan iaitu 6, 2013, blog mysweetiemylife sudah diterima penyertaannya oleh Google. Hopefully lah kan. Saya tiada target yang tinggi untuk pendapatan blog ini, jika sekarang secara purata saya hanya mendapat RM20 sebulan, harapan saya agar amaun ini meningkat kepada RM100 sebulan pada 2014 dan RM200 sebulan pada 2015. Rasa kelakar pon ye, mampukah saya? Usaha usaha dan terus berusaha. Ok sambung kerja 🙂
All the best Aju..
chayok2…Usaha tangga kejayaan..
Good Luck..^_^
Setakat ni, tak pernah lagi buat ujian personaliti yang berkaitan dengan burung ni, mungkin termasuk dalam golongan dove juga kot kalau dicuba. Saya masih tak pasti nak panggil apa, tapi nampaknya komen terdahulu orang lain bahasakan Aju, so saya guna aju dulu buat masa ini.
Saya seringkali berjumpa golongan dove yang telah berjaya mengubah personaliti mereka disebabkan kekangan atau cabaran hidup yang dihadapi. Personaliti kita walaupun sudah lama kita lalui, kadangkala ianya boleh diperbaiki jika kena gayanya. Maksud saya perbaiki di sini, contoh kita sukar untuk berkomunikasi dan sebagainya, skil-skil sebegini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan mengikuti pelbagai kursus atau menerusi bahan pembacaan.
Berkenaan perancangan untuk blog, impian yang jelas sebegini pasti akan membantu untuk kita merealisasikannya menjadi kenyataan, kerana sudah meletak batu pengukur untuk apa yang ingin dicapai dengan nombor dan tarikh yang tepat. Semoga semuanya berjalan lancar… 😀
Target dirancang perlukan strategi,
Memberikan kita satu nafas utk berjalan,
Mempertingkatkan prestasi blog sbg sumber inspirasi,
Untuk terus kekal berada dalam kelompok yg diidamkan.
Sangat menarik cerita yg disampaikan walaupun target income rendah tapi ada asasnya.
good luck aju..semoga apa yg diimpikan itu menjadi kenyataan..sama2 kita memeriahkan dunia blogging
Teruskan usaha insyaallah…
Saya adalah kumpulan Owl. Memang banyk persamaan. Sebelum ini saya telah melalui beberapa ujian personaliti untuk mengenal kekuatan dan kelemahan diri.
Kalau boleh bgtau apa ujian utk kenalpasti kita dlm golongan mana lagi bagus…kalau x kita dok syok sendiri je…heheh
Good luck,semoga perancangan tersebut tercapai nanti,Insya Allah.
saya Dove. memang tepat sekali
Saya juga amat meminati bidang penulisan..puas sgt dpt menulis dan berkongsi..semoga apa yg dirancang dipermudahkan oleh nya…semoga berjaya ya 🙂