Kakak ipar saya sudah berlepas untuk menunaikan ibadah haji semalam, meninggalkan suami dan anak yang berumur 2 tahun. Tapi syukurlah abang saya bekerja sendiri, jadinya anak memang sentiasa bersamanya. Tak silap saya tiket penerbangan haji tersebut adalah hadiah kemenangan beliau semasa menyertai pertandingan tilawah Al Quran yang lepas. Tahniah buat kak nur.
Doa saya moga kakak ipar saya menjalankan ibadah umum dan khusus ini dengan baik dan mendapat haji mabrur. Insya Allah. Juga doa saya buat semua para jemaah haji.
Semoga impian saya sekeluarga untuk ke sana dimakbulkan Allah.
Jadual Penerbangan Haji Malaysia bagi tahun 2012
1. Penerbangan Pergi Pertama : 17 September 2012 (Isnin)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 November 2012 (Khamis)
4. Hari Raya Haji : 26 November 2012 (Jumaat)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
6. Penerbangan Balik Pertama : 1 November 2012 (Khamis)
7. Penerbangan Balik Akhir : 29 Disember 2012 (Khamis)
Tempat Atau Lokasi Penerbangan Haji 2012
Bil. Lokasi Lapor Diri
1. TAHA D’ KELANA, Kelana Jaya
2. TAHA D’ BAYU, Bayan Lepas
3. Lapangan Terbang Sultan Ismail,Senai
4. Lapangan Terbang Antarabangsa,Kota Kinabalu
5. Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
6. Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
7. Penerbangan sektor Alor Setar – Jeddah melalui KLIA untuk sebahagian dari bakal haji Kedah Perlis
Rezeki diakan….Semoga selamat pulang dan balik…
selamat menunaikan haji jugak utk mereka2 yang terpilih./..
semoga mereka selamat pergi dan pulang..