CEREKARAMA menerusi TV3, jam 10 malam ini yang berjudul Jane Jamilah akan membawakan kisah komedi seorang isteri yang terpaksa menjadi pelajar kolej semula semata-mata untuk mengintip suaminya yang mempunyai kekasih baru iaitu seorang pelajar kolej.
Adegan mengintip itu menimbulkan kelucuan antara mereka bertiga. Ceritanya mengisahkan Jamilah (Sofia Jane) adalah seorang kolumnis yang selalu menghabiskan masa bersama kawan-kawannya, Has (Amyza Adnan) dana Aziah (Shiela Rusly).
Pada masa sama, dia juga terlalu fokus kepada kerjanya sehingga mengabaikan hubungannya dengan suami, Khalid (Shamsul Ghau Ghau) yang memerlukan perhatian daripadanya, menjadikan hubungan mereka dingin.
Ketika Jamilah sibuk mahu menyiapkan artikel terbarunya, dia kekeringan idea lalu mengajak Has dan Aziah keluar membeli-belah bagi melepaskan tekanan. Namun tekanan Jamilah semakin bertambah apabila dia terserempak dengan Khalid bersama-sama perempuan muda. Jamilah tidak mahu bersikap terburu-buru dengan menyerang mereka.
Baginya sebagai orang yang terpelajar, dia harus mendekati kekasih suaminya itu. Jamilah mendapat maklumat melalui facebook, kekasih suaminya itu masih menuntut di kolej dan menjalani praktikal di pejabat suaminya. Bersama dua rakan baiknya, Jamilah menggunakan nama samaran Jane kembali ke kolej untuk mengambil kursus jangka pendek dengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya yang bernama Diana (Hanez Suraya) itu dengan lebih rapat.
Walaupun hatinya sakit apabila Diana menceritakan perihal keintiman dia dan suaminya, namun Jamilah mula menyedari dia sendiri tidak mengenali suaminya seperti Diana. Sejauh manakah kesabaran Jamilah dalam menangani masalah rumah tangganya ini. Adakah dia akan mengalah?
Untuk mengetahui kesudahan hubungan tiga segi itu, jangan lupa untuk menonton telefilem terbitan JS Pictures, arahan Azman Yahya (Jinggo) dan skrip oleh Sofia J Rayland ini.
Macam menarik kan sinopsisnya? Jadi sama-samalah menontonnya, lama dah tak tengok Sofia Jane berlakon kan.
Salam Aju…mmg best citernya.Lakonna mantap sofea jane(cantiknya diaaa).sheila rosli & Amyza..
sinopsis dia best.. sayangnya sy terlupa nk tgk smlm…
tengok gak tapi best memberi kesan ceritanyer..
lain dari yang lain dalam menyelesaikan masalah…
bagus sebab dia muhasabah diri…
terlepas nak tgk malam tu..sebab ada jamuan raya sekolah si kakak.
Alaaaa…tak tgk pon. Dah tido.
memang best citer ni..tengok sampai abis..cool jer dia selesaikan mslh rumahtangga dia..