Saya sukakan lakonan Eja, malahan bila tengok iklan drama ini di TV, jalan ceritanya memang menarik dan penuh debaran. Saya pula punya dua anak perempuan, pasti saya akan lebih menghayati cerita ini, jangan lupa tonton ye..Macam saya pulak berlakon dalam drama ni kan ;). Antara jalan cerita drama ini yang saya baca di hmetro:-
SUASANA gempar seketika apabila jeritan Melissa (lakonan Eja) bertelagah dengan Badrul (Amar Baharin) dalam rumah di sebuah kawasan perumahan.
Melissa hilang kewarasan seketika selepas mengetahui Badrul bertanggungjawab membunuh dan merogol anaknya, Fara (Erin Malik) yang sebelum itu ditemui oleh seorang tukang sapu dalam sebuah longkang. Kemarahannya memuncak apabila menemui sehelai sapu tangan tergantung di dinding selepas menyelak pintu untuk masuk ke rumah terbabit.
Desakan masuk ke rumah itu berpunca daripada Najwa (Sarah Elnisa), yang mahu membawa Melissa ke satu tempat. Mereka hanya berjalan kaki. Tiba-tiba Najwa mengatakan dia pernah ternampak sebuah kereta yang pernah dinaiki Fara yang diletakkan di depan rumah yang tidak dikenali.
Melissa sempat menelefon balai polis berhampiran sebelum lelaki yang dikenali Badrul, datang dari entah mana memaki, menghentak dan melempar Melissa ke dinding rumah terbabit. Najwa hanya dapat memandang tanpa dapat membantu sebelum beberapa anggota polis datang dan menahan Badrul. Ketika itu, Melissa sempat menendang kaki Badrul kerana terlalu marah dan trauma dengan kehilangan anaknya di tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
harus tgk mlm ni..
Sudah lama rasanya tidak menonton cerekarama… Bila di rumah sendiri, seringkali sibuk dengan kerja, dan bila di kampung, ada pula aktiviti lain yang menghiasi masa. ๐
ada gak tgk kejap smlm tp dah nak hbs..
dah tgk…huhuhu..sedih…