Sinopsis Lorong Cahaya Cerekarama TV3. Drama tv sememangnya dinantikan setiap hari Sabtu jam 10 malam.
Nuh seorang peniaga tapai yang berjaya. Walaupun kaya, hidup Nuh sunyi kerana selalu gagal dalam percintaan. Dia ingin mencari pasangan hidup lalu pergi menemui Tok Leh seorang guru agama yang disegani ramai. Tok Leh menjadi terkenal kerana sering berjaya mengubati penyakit rohaniah yang pelik-pelik.
Tok Leh mempunyai seorang cucu perempuan bernama Adawiyah. Dalam perjalanan ke rumah Tok Leh, Nuh menumpangkan Amin seorang pelukis yang sedang mencari ilham. Nuh mengajak Amin turut serta berubat di rumah Tok Leh. Adawiyah ingin mencuba caranya tersendiri dalam mencari jodoh. Dia ingin menjadi seperti ‘Siti Muslihat’ moden. Dia sengaja menyamar jadi hodoh.
Bagi Adawiyah, dia mahu bakal suaminya menerimanya dalam keadaan dirinya yang tidak seberapa. Siapakah antara mereka yang berjaya harungi rintangan di kediaman Tok Leh dan terpedaya dengan muslihat Adawiyah?
Selamat menonton drama ini setelah membaca Sinopsis Lorong Cahaya Cerekarama TV3 ini.
PELAKON ~ Shah Iskandar, Aidil Aziz, Fathil Dani, Zuhairi Ibrahim, Miera Liyana
Gambar kredit to KepalaBergetar
hah best jugak cte nie
Tak tengok plak citer ni smlm..hubby tgk citer lain..
layan gak citer ni dari mula sampai habis…rasa nak pecah perut lawak jugak citer ni..bila ADA menjamu tetamu dgn air sejuk maka timbulah ayat…ini air zam2 k @ air yasin ? ADA selamba jwb air paip…