Alhamdulillah Sabtu lepas merupakan Hari Perjumpaan Ibu bapa bagi tadika Lil Caliph Sri Gombak. Berdebar nak tahu perkembangan anak ibu ini. Untuk pengetahuan Najiha berumur 5 tahun. Kat rumah Najiha memang suka menulis, mewarna dan membaca.
Bertemu sendiri dengan guru kelas Najiha iaitu kelas AlBasir membuat ibu rasa bangga dan lega seleganya. Kata cikgu Sha, Najiha telah dipindahkan dari kelas AlFatah ke Kelas AlBasir setelah melihat perkembangan positifnya kerana cepat membaca dan kefahaman tinggi dalam kelasnya, kata cikgu lagi, kelas AlBasir mempunyai 8 orang murid sahaja.
Saya memang akui Najiha cepat membaca berbanding kakaknya Najwa, yang mana Najwa lancar membaca sewaktu umurnya 6 tahun. Mungkin Najiha cepat belajar bila melihat saya mengajar Najwa membuat homework hariannya. Juga saya akui saya takkan menghalang anak-anak beli buku ABC, Matematik sewaktu membeli barangan dapur di Carefour, Giant dan Tesco. Lagipun harga sebuah buku hanya lebih kurang RM5 setiap satu.
Sistem markah di sini tiada pula disertakan, tiada nombor atau markah peratusan dinyatakan di dalam report card Najiha. Takpelah janji saya tahu perkembangan persekolahan Najiha.
Suami saya bekerja waktu ni, jadinya tiada gambar saya dan cikgu Najiha, yang ada hanyalah gambar anak-anak. Nak suruh bebudak ni ambil gambar saya, sah-sah diorang berebut pulak nanti kan, haru pulak kat situ. Adam suka sangat dapat tengok mainan sana sini. Aktif sangat tapi terkawal hihihi..Tahniah anak-anak ibu…
Tahniah juga diucapkan kepada Najiha, semoga terus cemerlang dalam pembelajaran.
Tahniah najiha >_<.
pandai najihah…tapikan anak perempuan memang rajin2 bab membaca kalo lelakikan macam anak saya culas sikit cume kita kener rajin bagi semangat barula dia bersemangat nak membaca ..
Tahniah najihah…
moga terus cemerlang…
belajar rajin2 ye..^^
Alhamdulillah, best kan kak tgk perkembangan anak2 menjadi ๐ doa ibu dan usaha anak menjadi sebab mereka berjaya ๐
lega dan bangga kan bila anak tunjukkan perkembangan yang bagus.
nasi ayam pun ok
alhamdulillah.. seronok je saya baca ๐
tahniah najiha..auntie2 kat sini pun berbangga dgn najiha..