3 kebaikan berbasikal yang mungkin kita tak tahu | Hujung minggu adalah aktiviti beriadah untuk kami sekeluarga. Saya bersyukur dikurniakan suami yang suka bersukan dan mementingkan penjagaan kesihatan.
Kata orang badan sihat otak cargasss!!. Seawal jam 6:40 pagi sudah bertolak dari Seri Gombak ke Tasik Putrajaya. Segarnya udara di pagi hari.
Sungguh menyamankan!! Anak-anak dengan basikal masing-masing begitu juga saya. Suami saya lebih suka berjogging. Lega!! (Tangan di dada, mata ke atas) hihihihi… Takdelah penat saya nak berjalan kan. Seronok anak-anak dah besar dan boleh bawak diri masing-masing.
Tengoklah gelagat masing-masing, ceria kan?!! Selepas penat berkayuh kami berehat sambil menikmati nugget dan air oren/sirap. Seronok tengok anak-anak berpeluh macam ni, lebih-lebih lagi Najiha yang lebih chubby berbanding Najwa dan Adam. Takpe biar dia kurus sikit ;).
Berat saya sekarang 58kg, puasa lepas dapatlah turun ke 56kg. Rasa longgar semua blouse dan seluar. Suami kata kurus sebab bersukan takpe, jangan sebab berpenyakit kan. Mintak dijauhkan..antara kelebihan berbasikal ialah
โข Mengayuh basikal akan menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan , perut dan sebagainya
โข Berbasikal juga membuktikan yang mereka ini tidak nyanyuk dan memiliki otak yang sihat. Tahukah kita orang gila tidak boleh berbasikal. Berbasikal memerlukan keseimbangan otak dan tumpuan yang tinggi bagi menyeimbangkan badan. Ini tidak mampu di lakukan oleh orang yang tidak waras. kalau tak percaya anda ambil basikal dan beri pada orang gila, mesti dia akan kayuh masuk ke dalam sungai. Sebab tu kita katakan orang gila otak tak centre. Bunyinya melucukan tetapi ianya telah disahkan oleh pakar.
โข Sekumpulan doktor pakar saraf dari University Gothenburg Sweden menyatakan berbasikal adalah cara yang paling baik untuk bebas dari Migrain (sakit kepala). Hasil kajian yang telah mereka lakukan ke atas pesakit migrain mendapati berbasikal akan menghasilkan tindak balas yang mampu menghilangkan stress dan membaiki kualiti tidur dan ianya akan menstabilkan denyutan di kepala. Lama kelamaan pesakit akan sembuh secara semula jadi.
Basikal tu bawa sendiri, ya?
Kalaulah berat kakcik 58kg, mesti nampak pakaian kakcik semua macam baju pinjam! ๐
wah, syoknya berbasikal..jauh tu gombak ke putrajaya
lepas kahwin dah tak buat aktiviti keluarkan peluh ni..
Bestnye awal2 pagi dah beriadah…
Rugi org yg tak pandai berbasikal macam lily ni.. ๐