Kalau last 2 weeks berkursus di Quality Hotel, KL, kali ini bersambung kursus di Hotel Grand Continental Melaka pulak. 4 hari ye, 4 hari memang masa yang lamaaaaaa bagi kaum ibu bekerjaya yang punya anak-anak dan suami. Sayang kan mereka tinggal-tinggalkan, ikut hati nak je bawak diorang bersama, apakan daya anak-anak sudah bersekolah ni payahlah nak cuti kan.
Banyak pesan saya pada anak-anak dan suami, apa daaa suami pon kene ka?? Hihi mestilah sebab biasanya saya yang uruskan baju anak ke rumah pengasuh, beg-beg dan baju sekolah mereka, duit belanja sekolah dan jugak kemas buku mengikut jadual persekolahan.
Kali ini saya dah siapkan baju harian mereka untuk 4 hari, baju siang dan baju tidur, begitu jugak baju sekolah, semua dah disiapkan. Lega sikit hati ini kalau semua dah ready kan. Tinggal nak angkut pegi rumah pengasuh a.k.a mak (panggilan anak-anak saya untuk pengasuh diorang).
Saya pesan pada Najwa
1) Sila susun jadual sekolah, tengok hari dan buku teks juga buku kerja
2) Pakai baju sekolah dan minta duit belanja dari mak atau abah
3) Pakai stokin dan kasut dan jalan elok-elok ke sekolah, naik bas beratur!!!
4) Siapkan homework dan dengar cakap mak, jaga adik-adik!!
4 hari berkursus, 4 amanat saya untuk anak-anak, sebenarnya lebih, tapi yang lain tu toksah list kat sinilah ye ;).
Saya pesan pada Najiha dan Adam supaya dengar cakap kak Long, sian kak Long banyak nak diingatnya, anak sulung kan harapan ibu abah. Semoga anak-anak saya baik-baik ye. Abah akan ke Perak hari Rabu, jadinya 1 malam je diorang tidur rumah pengasuh. Sian anak-anak ibu..
P/S: Hatiku tertinggal di rumah huhuhu
Selamat berkursus Aju…
moga nak2 baik2 jer..
Walaupun masih takder anak, tapi dapat rasakan betapa sukarkan bila perlu tinggalkan lama-lama macam ni, mesti pelbagai benda bermain di fikiran, untuk pastikan tiada yang tertinggal.
ternampak timbang kaca tu, samalah timbang kita… ๐
tuntutan tugas kan…sy pun begitu..if kena kursus atau kena ke kelas, w/pun pun anak br seorang tp byk benda jgk nak disiapkan dan disediakan.
Selamat berkursus.
selamat berkursus kak ju ๐