Bila umur dah masuk 30an ni, banyak perbezaan dan perubahan tahap kesihatan badan berlaku berbanding dengan umur 20an 2 tahun lepas, kekekkee boleh agak umur saya kan? sebenarnya saya mudah rasa penat dan tidak bermaya nak plak kerap outstation untuk beberapa hari. Nak buat keje rumah seperti mengemas, memasak dan menjaga anak-anak.
Saya juga sedang mencari makanan supplemen atau minuman kolagen yang sesuai untuk menambah kesihatan badan. Ada produk yang anda boleh rekomenkan atau cadangkan kepada saya? Sebelum ini saya mengamalkan Vitamin Shaklee semasa menyusukan anak, sekarang bila vitamin tu dah habis, saya pon stop makan Shaklee tu ;).
Di sini saya kongsikan tips kesihatan untuk wanita yang berumur 30an.
1) Kawal pemakanan
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
2) Guna Pelembap yang sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
3) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
4) Sentiasa bersenam
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5) Minum banyak air
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
6) Makanan tambahan
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
7) Elakkan bermekap tebal
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.
setuju sgt2 ngan tips diatas ..
dah semakin meningkat usia .. semakin kena jaga
lebihkan minum air masak agar wajah sentiasa lembap
dan tubuh badan tidak di hidrasi ! ๐
saya memang simpan air mineral di opis ๐
Mesti diamalkan ni..
lily pun dah menjangkau 30an dah ni.. ๐
betul tu lily, nak plak skrg ni byk persaingan huhu
oh saya kena panggil akak aju la kalau macam ni…yang vitamin shaklee tu memang ramai yang cakap bagus kan, boleh banyakkan susu…tapi saya tak pernah ambil pun lagi..
thn depan sy dah nak msk 30an.. harus follow tips2 ni ๐
Kakak dulu walau tak ambil supplement yg boleh banyakkan susu tapi alhamdulillah anak kakak puas juga menyusu Aju. Tapi kakak ambil supplement Amway walau ia yg bukan tujuan banyakkan susu..
saya makan omega 3 & minum banyak air…bersenam tu kekadang makanan tu cam susah nak ikut asik makan makanan berlemak jer huhu
Thanks for the tips aju.
dah dalam kategori 30-an dah ni…
aanie skrg tgh berkira2 nak beli vitamin….
dah tua br nak amik suplemen….hehe…
cr pun dah masuk 30 an…kena ambik vitamin jugak nie kikiki
makeup tebal sikit masa hari kawin je. lepas tu simple-dimple je.
dh masuk 30an badan mmg dah rasa lain dh…huhuhu..
uiks pasai pa stop makan vitamin shaklee tu? ๐