Jangan lupa berus gigi ye anak-anak!!
Itulah pesan saya setiap kali anak-anak mandi. Nak membiasakan mereka memberus gigi ni memang memerlukan kesabaran. Saya faham, bukan mudah nak disiplinkan anak-anak yang sedang membesar ni. Macam-macam cara nak pujuk diorang kan??
Sampai kene nyanyi dalam toilet, semua sebut aaaaaaa, eeeiiiiiii….tu belum masuk takmau bukak mulut walau macam-macam cara kita buat. Sabar jangan naik angin, mula-mula memang diorang takmo follow, tapi kalau dah hari-hari kene kerah, dia ikut jugak hihihi.
Saya senang je, siapa taknak berus gigi nanti ada ulat buat rumah dalam mulut dia, pastu kene jumpa doktor nak buang ulat tu, adehhhh rasanya menjadik jugaklah cerita saya ni, setakat ni diorang boleh je ikut cakap saya.
Di sini ada sembilan tip penting yang kita boleh mula praktikkan di rumah:
1. Berus gigi selepas setiap kali makan, jika boleh.
2. Berus gigi setiap pagi dan waktu malam sebelum tidur.
3. Berus gigi pada sudut 45 darjah. Sentiasa letakkan berus gigi anda di pangkal leher gigi dan gusi. Gunakan cara memberus secara bulatan ke atas dan ke bawah dan mengurut gusi pada masa yang sama.
4. Jangan memberus gigi secara paksa, ini boleh menyebabkan penghakisan gigi dan keradangan gusi akibat cara memberus gigi yang salah.
5. Bersihkan setiap permukaan, pipi, lidah dan gigi.
6. Ambil masa secukupnya sewaktu memberus gigi anda. Pembersihan gigi yang baik selalunya mengambil masa sekitar dua minit.
7. Sentiasa tukar cara memberus gigi anda kerana melakukan dengan cara yang sama mungkin boleh meninggalkan kawasan kotor secara tidak sengaja.
8. Pilih berus gigi yang betul; yang mempunyai berus lembut silang pangkah yang bulat. Berus gigi baik seharusnya membolehkan anda mencapai gigi yang paling belakang dalam mulut.
9. Kerap tukar berus gigi anda, seelok-eloknya setiap tiga hingga empat bulan, lebih-lebih lagi apabila berus sudah pudar atau pecah.
Anda boleh baca artikel ini yang didapati dari laman web dentalcare tentang penjagaan gigi bayi dan kanak-kanak.
thanks 4 sharing. anak sy pun susah nak gosok gigi..huhu kena pujuk bebenar br nak..itu pun kena ikut mood dia jgk..huhu
Macam tulah ibumifzal, bercinta nak diberuskan gigi tu, smpi diorang jemu nak dgr leteran saya akhirnya mengalah jugak hahaha
tips yang berguna, perlu mula dari kecil supaya dah terbiasa apabila besar nnti
Thanx for shraing aju…
Alhamdulillah..skrg tak susah dah nk suruh Qis berus gigi..kadang2 tu dia sendiri yg minta lily beruskan gigi dia..^^
bila anak2 dah seronok berus gigi
asyik nak beli ubat gigi je mereka ni
macam2 perisa ada
hehe
gud tips dikk
tapi sblm tido mlm tuu gosok memang jarang buat dik huuh
Sudah menjadi kebiasaan pesan pada anak-anak supaya berus gigi selepas bangun tidur.
bagus info ni utk anak2 kita..