Aduiii, amaran itu datang lagi, bukan sekali malahan dah 2 kali termasuk dengan bulan lepas. Ianya berbunyi begini
The domain ajumohit.com (ajumohit) has reached 90% of its bandwidth limit (18049.22/20000.00 Megs).
Buat masa ini saya menggunakan pakej ini
Pakej Mygold
Disk Space : 1.5 GB (1500 MB)
Monthly Bandwidth : 20 GB (20000 MB)
Harga : RM100 Yearly*
Hari ini dah 28hb biasanya bandwith ini akan reset semula bila cukup bulan. Nak topup sayang pulak rasanya, gatal lagi nak pakai hosting kan?? Ginilah dugaannya. Kalau nak topup bandwith ni harganya
Ada on bandwidth dijual pada harga RM10 sebulan untuk 4GB atau RM20 sebulan untuk 10GB
Kalau ikutkan lagi 3 hari je nak cukup bulan kan, alang-alang tak payahlah topup, tapi risikonya bila bandwith dah lebih limit, blog ini langsung tak boleh dibuka. Makanya traffik zeroooo lah pada hari-hari tersebut.
Masuk kali ini dah 2 kali topup which is
Topup Bandwidth setiap bulan RM20 x 2 = 40 (dah 2 bulan topup )
So sebulan bandwidth digunakan 30GB
Owhhh mengusutkan kepala jemala patik ini. Sebenarnya saya dah tak save gambar dalam hosting, tapinya save dalam photobucket, kat situ rasanya dah jimat space sikit, katanya kalau traffik semakin tinggi pon salah satu puncanya. Jadi haruslah saya upgrade ke pakej:-
Pakej My Platinum
Disk Space : 3 GB (3000 MB)
Monthly Bandwidth : 45 GB (45000 MB)
Harga : RM200 Yearly*
Bagi yang masih tak tahu apa itu bandwidth, bandwith ini untuk pengguna worspress sahaja :
Netkl : Maksud bandwidth ialah = jumlah atau saiz fail/data (yg dikira dlm MB atau GB) yg telah di view/upload/download oleh pelawat2 website anda dalam tempoh SEBULAN. Jumlah penggunaan bandwidth akan terkumpul setiap hari, sehinggalah hujung bulan. Samada anda guna bandwidth ini sepenuhnya, (atau kurang, atau lebih), kiraan bandwidth anda akan di reset semula kepada kosong (0) pada setiap awal bulan (1hb).
Cara nak jimat Bandwidth dari netkl :
1) simpan fail2 gambar tu kat luar hosting (kat server luar yg FREE… eg. Flickr, PICASA, FB, dsbnya) (walaupun melecehkan tapi apa bleh buat huwaaa)
2) simpan fail2 video tu kat luar hosting (kat server luar yg FREE… eg. YouTube, FB, dsbnya)
info dari puanbee.com
Rugi kan kene topup bandwitj tetiap bulan, apapun untuk berikan yang terbaik mestilah ambil pakej yang terbaik jugak. Tq NetKL, servis anda memang tip top
uii..kusut plk kepala ye pakai domain sendiri…mmg fieda dok paham langsung…
adohaiiiiii pening bila baca nie dik
sungguh x pandai ..
x yah lah akak tukar domain lain ..
huhuhu kalau macam nie lagilah ,
dah lah x pandai IT huhuh
mula2 memang pening kak 😉
Dalam baik ada domain sendiri tapi kena ambil tahu juga hal-hal begini ye Aju…
Menjadi igauan kepada blo yang membeli pakej hosting berbanding mengunakan blog percuma tidak perlu bimbang masalah kehabisan bandwidth.
selama ni tak pernah habis bdwidth lagi, kalau serverfreak punya ada cloudflare utk jimat bdwidth, blog aku ni kalau uv dalam 20k tu, tak sampai 10GB lagi
selalu juga hadapi masalah sebegini dulu, nasib baik dah tukar ke hosting yang lebih besar.
Pening bacanya Aju,bg kak nurul pki ajelah yg free nie.
ooo..rupa-rupanya ada bandwith la pulok pakai domain nih….
kena pk lagi ni…dah la mahal….hehe..
aju ok la ramai visitor…aanie ciput je….x padan ngn pening kepala..hehe….
wow wee…bila trafik banyak mmg selalu akan alami masalah limit bandwith.
kalau tgk pakej tu agak mahal jgk ya..